CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Imran Bard akui kesilapan, mohon maaf secara terbuka kepada Ellie Suriaty

26-2-2025 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28748| Komen: 33

 


Pempengaruh media sosial, Imran Bard tampil membuat permohonan maaf kepada Ellie Suriaty susulan videonya yang memetik nama pelakon senior itu dalam TikTok.

Menerusi hantaran dalam Instagram Story (IGs), Imran mengakui kesilapannya menyinggung perasaan Ellie.

"Saya, Imran Bard, ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam video TikTok yang menyinggung perasaan puan.

"Imran mohon maaf kerana ambil masa lama untuk bertenang dan muhasabah.

"Video ini tidak berniat untuk menyinggung mana mana pihak seperti video sebelum ini. Ia hanyalah 'parodi random'.

"Sebagai peminat, Imran mengidolakan puan dan pelakon lain yang disebut nama. Nama-nama terkeluar secara spontan dalam setiap video Imran," katanya.


Imran berkata, dia dibesarkan dengan menonton lakonan Ellie. Walaupun dalam golongan Gen Z, tetapi sangat meminati genre filem pada zaman Ellie.

Namun, katanya, dia mengakui kesalahan nama-nama tidak boleh dipetik, apatah lagi, diperolok-olokkan walaupun sekadar jenaka.

"Imran hargai teguran puan dan menganggap ini adalah pengajaran terbesar untuk seumur hidup.

"Sekali lagi Imran amat kesal dengan apa yang berlaku dan tidak pernah berniat menyinggung atau menyakiti hati sesiapa, terutamanya puan yang Imran hormati.

"Dengan penuh rendah diri, sekiranya puan sudi, Imran berharap dapat berjumpa secara peribadi untuk menyampaikan permohonan maaf Imran secara bersemuka dan tertutup.

"Imran percaya ini adalah langkah terbaik untuk menunjukkan keikhlasan dalam memperbetulkan keadaan," katanya yang sudah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ellie.

Terdahulu, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu kerana mendakwa sudah mencalarkan namanya menerusi dua hantaran di TikTok dengan kandungan berunsur fitnah.

Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar dilapor kecewa dengan tindakan Imran apabila didakwa memperlekeh reputasi yang dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missnina 26-2-2025 11:22 PM
Boleh Pun minta maaf dengan berhemah
Quote Selubung 26-2-2025 11:28 PM
jangan plot twist nanti es masuk content masak2 IB
Quote Hoola 26-2-2025 11:35 PM
watever in net stays in net
dan tatapan generasi yg mndtg

Quote Perawankota 26-2-2025 11:49 PM
Ok. Semoga lepas ni dah tak der dah content2 over
Quote SR4tahun 27-2-2025 01:04 AM
Tak habis2 buat hal la dia ni, tah la muka mcm medical assistant baju ijo tu
Quote sharlenetexas 27-2-2025 01:05 AM
Bersaralah buat content. Cari real job.


Quote doubleA 27-2-2025 01:12 AM
Tahu pun guna perkataan “puan”, dari makcik ingat makcik kau ke?
Quote I.K.A888990 27-2-2025 01:14 AM
esok2 buat lagi kan
Quote Myhappyending 27-2-2025 06:11 AM
I think that day imran stress pasal mak dia sakit tibe2 kene petik mak dia suh mtk maaf so dia bengkerkk
Cehh tiberr sis back up dik meran
Quote TomyamPuteh 27-2-2025 06:34 AM
Tak rasa pun si squidward mintak maaf secara ikhlas. Dlm hati tetap lah menganjing.
Quote anggeriklatifah 27-2-2025 06:37 AM
Cam nenganjing je
Quote mrcreator 27-2-2025 06:46 AM
Nanti buat hal lain lagi
Quote jihyomelly 27-2-2025 06:53 AM
jgn buat pastu mintak maaf pastu menganjing lagi dan lagi dan lagi…dah kena hempok dek retis lain baru mengelupor..pastu esok lusa buat lagi
Quote papadomku 27-2-2025 06:59 AM
Dia nak bengkek elly petik mak dia. Dia tak fikir pulak anak elly bengkek dgn dia. mintak maaf pun menganjing. Cuba dari awal dia rendahkan ego dia, mintak maaf betul² mesti tak panjang isu ni
Quote jalfa 27-2-2025 07:11 AM
Kat picca atas tu aku tgk ES lagi rancak drp ko merang oi walau ES dah kertu...haha so please la jgn dok mengutuk rupa paras org lepas ni...so yeterday dek
Quote babyLON. 27-2-2025 07:42 AM
Cara dia bercakap mmg camtu eh..ada nganjing nganjing sikit.
Quote yondu 27-2-2025 07:45 AM
camne dia blh jd influencer eh. i tgk jantan2 kelempuk skrg ni makin mendunia. si ojen tu, azfar tu pun, ni dia pulak. I da scroll2 tgk vid2 dia bercakap, rs nak sepak tgk lelaki cakap style camtu
Quote Zack8hunter 27-2-2025 07:47 AM
tahu pun takut.. budak2 zaman skrg ni mmg sekali sekala nk kene sergah mcm ni baru otak diorg berfungsi balik
Quote prettyuglybabe 27-2-2025 10:10 AM
bukan ikhlas tapi takut kena saman..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.080690 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top