CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan pandang rendah Nad Zainal hantar anak ke sekolah kerajaan

26-2-2025 11:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17170| Komen: 52|Original author: Raline

ns.PNG


Nad Zainal, 35, berasa tidak perlu memandang rendah kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan kerana pendidikan yang utama adalah bermula dari rumah.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkata, dia serta suaminya, Ungku Ismail Aziz termasuk semua ahli keluarga iaitu bapa saudara pun menerima pendidikan di sekolah kerajaan.


"Saya rasa tak jadi masalah pun hantar (anak) ke sekolah kerajaan. Saya sendiri pun dan semua keluarga saya belajar di sekolah kerajaan. Pakcik saya pun berkelulusan tinggi.

"Suami saya Ungku Ismail juga belajar hingga luar negara dari sekolah kebangsaan. Jadi, saya tak nampak itu sebagai satu masalah atau pun kita perlu pandang rendah pada ibu bapa yang hantar anak ke sekolah kebangsaan.

"Begitu juga dengan yuran yang lebih murah daripada sekolah swasta. Sebab satu, pendidikan bermula dari rumah. Jadi, saya dan Ungku Ismail, kita memang tegas bab itu," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, Nad ditemui hadir pada acara pelancaran koleksi Flipper X Bayu Somerset di sini.

Ibu tiga anak ini berkata, dia dan suaminya juga mengawal ketat pembelajaran anak di rumah apabila tidak membenarkan gajet dan menonton televisyen pada hari persekolahan.

"Memang tiada gajet, tiada TV melainkan anak-anak buat aktiviti dan belajar sesuatu di sekolah dan baru kita bagi pada hujung minggu saja. Kalau ada orang kata, sekolah ini tak bagus dan hantarlah (anak) ke sekolah mahal, ia sebenarnya dari rumah.

"Kalau di sekolah pun (bayar mahal), tapi anak itu di rumah manja dan di sekolah juga dimanja-manjakan, tidak jadi apa juga," katanya.



Menurut Nad, apa yang dilakukannya bersama suami apabila menghantar anak ke sekolah kerajaan kerana mengikut kemampuan termasuk melihat ia masih relevan untuk pendidikan pelajar.

"Saya sebagai pelakon, ada pasang surutnya untuk tawaran kerja. Kalau hantar anak ke sekolah swasta dan tiba-tiba tak dapat nak diteruskan lagi, nanti pendidikannya (anak) tersekat di tengah jalan pula.

"Jadi, apa yang saya buat ini di atas kemampuan dan juga saya nampak sekolah kerajaan masih kekal relevan serta saya dapati ramai produk dari sekolah kerajaan berjaya hingga sambung pengajian di luar negara," katanya.


Ujarnya, didapati juga ramai tenaga kerja dalam bidang profesional dan hebat-hebat di tanah air adalah mereka yang pernah menimba ilmu dari sekolah kebangsaan.

Baru-baru ini, menerusi siaran langsung di TikTok, Nad berhadapan soalan netizen yang mempersoalkan kepadanya mengenai keputusan menghantar anak ke sekolah kerajaan.

Nad menerusi perkahwinan pertamanya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 9 dan Budi Kesuma, 6, sebelum bercerai pada September 2022.


Pada Januari 2023, Nad bernikah kali kedua dengan suami juga pelakon Ungku Ismail. Kini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ungku Indra Puteh Al Maajid berusia setahun.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 26-2-2025 06:14 PM
Dah kenapa rasa perlu justify hantar anak2 ke sekolah kerajaan? Melainkan sendiri rasa malu?
Quote hunters 26-2-2025 06:18 PM
Eh perempuan ni x hbis lg ke isu sekolah kerajaan...ke bitter laki ada title engku xnk tlg anak tiri p sekolah swasta...
sedar diri tu sikit golongan b40 ke t20 yg nk demand sekolah...sebelum ni dgn faliq xda pn isu mcm2
Quote scarflicious 26-2-2025 06:19 PM
ada ke org kisah pasal ko ni?
Quote slyfynx 26-2-2025 07:16 PM
X pandang rendah sbb hantar anak skolah kerajaan.
Just pandang rendah ko and suami je.
ko hantar anak skolah kat planet marikh pun ttp org akan pandang rendah kt ko
Quote krustykrab 26-2-2025 07:18 PM
Ada ke org yg pandang rendah htr anak sekolah gomen
Quote jihyomelly 26-2-2025 07:20 PM
nape kena justify..anak sendiri kot hantar la mana pun..nape bibir nampak mcm makin tebal…
Quote Myhappyending 26-2-2025 08:47 PM
Dia sllau mcm nak up laki dia terpaling pandai dalam dunia
Quote sarah_ary2 26-2-2025 10:02 PM
Myhappyending replied at 26-2-2025 08:47 PM
Dia sllau mcm nak up laki dia terpaling pandai dalam dunia

even siap statement kat atas tue panggil nama penuh Ungku Ismail, nak highlight ke"Ungkuan" itewww ke?
Quote JahLupa 26-2-2025 10:23 PM
Peningnye aku tgk baju ngan tudung munga munga dia.
Quote JahLupa 26-2-2025 10:24 PM
KJ hantar anak sekolah gomen rilek je. Ke diri sendiri yg try hard letak disclaimer
Quote Perawankota 26-2-2025 11:49 PM
Sekolah gomen pon ok je
Quote red_velvet 27-2-2025 12:07 AM
Lain btul muka dia sekarang.. Scary

1000108768.jpg 1000108770.jpg 1000108772.jpg 1000108774.jpg
Quote SR4tahun 27-2-2025 12:55 AM
slyfynx replied at 26-2-2025 07:16 PM
X pandang rendah sbb hantar anak skolah kerajaan.
Just pandang rendah ko and suami je.
ko hantar ana ...

Hahaha ringkas dan padat komen ni. Harap maklum ni naddd
Quote mrcreator 27-2-2025 06:51 AM
Ler ada sapa2 kata apa2 ke
Quote TomyamPuteh 27-2-2025 07:09 AM
Acik2 kt luar sana mmg kisah pun pasal Nad Zainal. Aciks2 kepam dlm ni je yg fefeeling classy acah2 tak ambik tau.
Quote jalfa 27-2-2025 07:14 AM
Gigih ko justify kan...haha x dak sapa tanya anak retis mana sek sk pon nok....nurtizen hanya tau kalo ko sendiri yg gebang..muka ko jap lagi jadi mcm si tiyah la..bengkak sana sini
Quote kakakko 27-2-2025 09:09 AM
dia jawab soalan reputs je chuols.. ada temubual tu iols tengok kat ig.. kan last week ada gambar anak dia pakai baju Pasti. so netizen dok komen2 jugalah.
Quote scorpene 27-2-2025 09:09 AM
ape masalah dgn sekolah kerajaan?
Quote petai011212 27-2-2025 09:17 AM
baru tahu, rupanya habis jea iddah, dia terus nikah

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055166 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top