CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petronas Tiada Rancangan Untuk Melakukan Pemberhentian Pekerja Secara Besar-Besaran

26-2-2025 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12884| Komen: 31|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-26 084709.png


KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menilai langkah penyusunan semula saiz tenaga kerjanya yang turut melibatkan pendekatan daripada peringkat tertinggi hingga peringkat terendah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata syarikat itu berhasrat untuk memuktamadkan strategi penyusunan semula saiz tenaga kerjanya menjelang pertengahan 2025.

"Pada separuh kedua tahun ini, anda akan menyaksikan struktur organisasi ini dilaksanakan secara berperingkat. Saya ingin menegaskan bahawa langkah ini tidak bertujuan untuk mengurangkan pekerjaan sebanyak 15,000 hingga 16,000," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 hari ini, beliau menafikan dakwaan bahawa langkah penyusunan semula ini akan memberi keutamaan kepada pengurusan atasan sehingga menjejaskan pekerja lain.

Menurutnya penyusunan semula ini akan membabitkan seluruh peringkat.

"Sebahagian pihak mengatakan ini merupakan langkah perlindungan, dengan pengurusan atasan akan dilindungi manakala mereka yang tidak mempunyai kuasa dalam keputusan berkenaan akan terkesan jika kami memutuskan pelaksanaan penyusunan semula ini.

"Kumpulan pertama yang akan terkesan adalah daripada pihak pengurusan dan seterusnya," katanya.

Mengulas kebimbangan mengenai langkah mengurangkan pekerjaan, Tengku Muhammad Taufik menegaskan bahawa tidak ada perancangan untuk memberhentikan pekerja secara besar-besaran.

Sumber : Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 26-2-2025 08:53 AM
Semoga dipermudah urusan buat MEREKA yang terlibat (affected)....
Quote kemaruk 26-2-2025 09:23 AM
Issssshhhhh takkan la perkara ini berlaku di zaman kegemilangan ekonomi madani
Quote sharlenetexas 26-2-2025 12:43 PM
Aku nak kerja dgn company lanyard, tapi deyols tak nak aku. Jadi aku kerja dgn competitor. Ada staf lanyard direct tanya aku, gaji dalam usd ke?

Quote green~tea 26-2-2025 01:24 PM
Edited by green~tea at 26-2-2025 01:52 PM
sharlenetexas replied at 26-2-2025 12:43 PM
Aku nak kerja dgn company lanyard, tapi deyols tak nak aku. Jadi aku kerja dgn competitor. Ada staf  ...


Aku dulu2 pernah nak apply sapura sbb GAH.... hujung2 skang, sejak 2018 asek demam tak kebah2.. mujur tak lingkup bungkus ikat tepi je....
Quote aina_shaira 26-2-2025 01:31 PM
Bukan ke yang dulu kontrak dah Serap masuk permanent tetiba begini pulak…
Quote Ai_kiu 26-2-2025 01:41 PM
So mmg betul ke pasal vss tu?
Quote green~tea 26-2-2025 01:50 PM
Ai_kiu replied at 26-2-2025 01:41 PM
So mmg betul ke pasal vss tu?

Takde pun lah..  yo yo ooo je duk bergosip hujung2 takde pape..  kalo separation package sbb LOW PERFORMANCE tu biasa laaa sejak 2009 pun tiap2 tahun mmg buat..
Quote ayukpingu 26-2-2025 01:54 PM
untung berpuluh billion pun tak menjamin masa depan yer bila your account tu, government yang pegang.
Simpati pada yang terkena nanti.
Quote Ai_kiu 26-2-2025 01:55 PM
green~tea replied at 26-2-2025 01:50 PM
Takde pun lah..  yo yo ooo je duk bergosip hujung2 takde pape..  kalo separation package sbb LOW P ...

Oo separation package namanya.. tu pun due to low performance.. maka logik la jugak
Vss segala tu gossip saje
Tenkiu kaka atas pencerahan
Quote green~tea 26-2-2025 02:01 PM
Ai_kiu replied at 26-2-2025 01:55 PM
Oo separation package namanya.. tu pun due to low performance.. maka logik la jugak
Vss segala tu  ...


July onwards baru nak study new structure dengar2 nya.... itu pun frontliners especially technical staff not involved..


Ni geng2 mcm project,  digital, finance, procurement, risk, hr gitu je kot affected dgn new structure
Quote kakikuDibibirmu 26-2-2025 02:34 PM
Visual Source Safe tersenyum sinis
Quote FOTHER-MUCKER 26-2-2025 04:31 PM
Jadi Warga indon terkecewa!
Quote hyie 26-2-2025 05:34 PM
hello? kalau vss pun bukan sikit2 ye
Quote Radzor 26-2-2025 07:44 PM
ayukpingu replied at 26-2-2025 01:54 PM
untung berpuluh billion pun tak menjamin masa depan yer bila your account tu, government yang pegang ...

Terkini, PETRONAS mengumumkan keuntungan bersih tahun 2024 ialah RM55.1 billion berbanding RM80.7 billion pada tahun sebelumnya iaitu penurunan sebanyak 32 peratus.
Quote ifanonline 26-2-2025 07:52 PM
Malaysia jgn lah ambil laluan EV, kita kan pengeluar minyak..mengapa harus tunduk kpd desakan yahudi?
Quote nuryakmal 26-2-2025 08:25 PM
green~tea replied at 26-2-2025 02:01 PM
July onwards baru nak study new structure dengar2 nya.... itu pun frontliners especially technical ...

Pd&t start dulu kan
Quote green~tea 26-2-2025 08:35 PM
nuryakmal replied at 26-2-2025 08:25 PM
Pd&t start dulu kan


Yes... dengar2 nya diorang dulu lah kott.. banyak projek tak viable dah sbnrnya and cost escalated sbb gold plating standards & climate change rules regulation, policies... oh well the enablers are not enabling... gittewwwww
Quote Matyam 26-2-2025 11:45 PM
Ape nasib anak pakcik yang disumbat anak nya dapat PET semasa bapak nye masih bertugas
Quote eSZack 27-2-2025 01:00 AM
Org pet yg bnyk ngundi mesia BAHARU itu hari kan.
Rasaaainnnn lohh

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.226110 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top