CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak kejadian buruk, Perlunya pengawal keselamatan terlatih di masjid - Pakar

26-2-2025 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11173| Komen: 14|Original author: Raline




3023212.jpg


DUA bulan pertama tahun ini media melaporkan dua kejadian buruk berlaku di dalam masjid yang merupakan rumah ibadat umat Islam.

Bermula pada awal tahun, kejadian seorang lelaki bukan Islam yang didakwa mempunyai masalah kesihatan mental, masuk ke dalam masjid dan mengganggu jemaah selain merosakkan harta-benda masjid termasuk televisyen dan kerusi.

Dalam kejadian terbaharu pula, seorang kanak-kanak perempuan pula menjadi mangsa kerana cubaan serangan seksual terhadapnya yang berlaku di ruangan solat wanita dan ketika solat Subuh.

Suspek yang berusia 19 tahun itu dilaporkan memegang kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran sejak kecil.

Kedua-dua kes tersebut boleh dielakkan lebih awal sekiranya pengawal keselamatan terlebih dahulu bertindak mencegah mereka daripada memasuki kawasan masjid.

Begitulah saranan dilontarkan Pakar Kriminologi Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Zalmizy Hussin supaya pihak pengurusan masjid dan surau mempertimbangkan kehadiran pengawal keselamatan.

Ia bagi memastikan kawasan premis sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk semua pengunjung.

Sudah tiba masanya pihak masjid ‘mewajibkan’ adanya pengawal keselamatan yang berfungsi menjaga keselamatan jemaah terutamanya ketika solat didirikan.

Lebih-lebih lagi hanya beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan di mana seperti kebiasaan sebelum ini, masyarakat Islam mula memenuhi masjid untuk melaksanakan solat tarawih.

Sekurang-kurangnya kehadiran pengawal di sekitar kawasan masjid boleh ‘menakutkan’ sesiapa sahaja yang berniat untuk melakukan perkara jahat di masjid.

Ia sekali gus akan mengurangkan risiko kejadian tidak diingini seperti dua kes tersebut selain kes kecurian tabung masjid dan sebagainya.

Bagaimanapun, menurut pakar, pengawal keselamatan bukan sahaja menjaga suasana ibadat berjalan dengan damai dan tenang, mereka juga hendaklah dilatih untuk bertindak pantas dan tepat jika berlaku situasi kecemasan.

Ini bermaksud, pengawal keselamatan bukan sekadar ‘pak pacak’ yang duduk di atas kerusi semata-mata, bahkan mereka juga dilatih untuk menilai keadaan yang mencurigakan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 26-2-2025 11:07 AM
Takdak guna pun segala pakar dan prof universiti, sekiranya pihak pengurusan tiada duit.
Quote B40tastePosh 26-2-2025 11:10 AM
Kena suruh bangla la jadi security masjid cum Siak masjid.

Prof ni bukan nye nak jadi security pun, korang tengok jelah dia pencen nanti buat apa.
Quote Decaffeinated 26-2-2025 01:09 PM
Malaikat kan ada. Sambil catit dosa pahala buat la multi tasking, ka tak boleh?
Quote Skuau 26-2-2025 03:36 PM
B40tastePosh replied at 26-2-2025 11:10 AM
Kena suruh bangla la jadi security masjid cum Siak masjid.

Prof ni bukan nye nak jadi securit ...

butul kaka..kita bangla tada rekod cabul worang la...
Quote pooh~key 26-2-2025 03:39 PM
Decaffeinated replied at 26-2-2025 01:09 PM
Malaikat kan ada. Sambil catit dosa pahala buat la multi tasking, ka tak boleh?

Kejam ayat kau sissy. Akak likeeeeeee sissy.
Quote Decaffeinated 26-2-2025 03:51 PM
pooh~key replied at 26-2-2025 03:39 PM
Kejam ayat kau sissy. Akak likeeeeeee sissy.

tak betul eh aku cakap

While we're on it my next question is why only masjid?

Quote Orenn1 26-2-2025 03:58 PM
Curi kasut curi duit tu semua dr duku lagi, skrg bertambah2 jenis jenayah.
Quote Orenn1 26-2-2025 04:00 PM
Eh nak tanya nape CI mcm dah tak laku ye, mcm sunyi sepi thread semua mcm hampir takde forumer comment atau skit sangat
Quote Tinot7 26-2-2025 05:09 PM
Yg mamat oku camne nak halang? Mmg dia masuk utk solat tapi ceroboh bahagian pompan?
Quote Radzor 26-2-2025 07:50 PM
sebokkkk je yg lain² tu.
Quote B40tastePosh 26-2-2025 11:53 PM
Tinot7 replied at 26-2-2025 05:09 PM
Yg mamat oku camne nak halang? Mmg dia masuk utk solat tapi ceroboh bahagian pompan?

Kita jaga kita Jaga bapa Dafi
Quote Tinot7 27-2-2025 12:04 AM
B40tastePosh replied at 26-2-2025 11:53 PM
Kita jaga kita Jaga bapa Dafi

Eh tiberr..
Quote ninja boy 27-2-2025 12:55 AM
Edited by ninja boy at 27-2-2025 12:57 AM

Org jahat semakin bertambah dan semakin kejam dari tahun ke tahun, sampai 1 lelaki kena jaga 100 wanita, sedangkan 1000 wanita x mampu belasah 1 lelaki
Quote dua_chzy 27-2-2025 12:58 AM
ninja boy replied at 26-2-2025 04:55 PM
Org jahat semakin bertambah dan semakin kejam dari tahun ke tahun, sampai 1 lelaki kena jaga 100 wan ...

Manusia memang hada DNA jahat dan kejam dari awal manusia dicipta.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.085462 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top