CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Muslim, Mahmood Akram pecah rekod dunia, kuasai 400 bahasa

26-2-2025 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11769| Komen: 22|Original author: Raline



3023277.jpg


NEW DELHI - Seorang remaja Muslim dari India, Mahmood Akram, 19, memecah rekod dunia apabila mampu menguasai 400 bahasa dan dalam masa yang sama berjaya mengikuti pelbagai pengajian universiti di seluruh dunia.

The Express Tribune melaporkan, perjalanan luar biasa remaja ini bermula sejak kecil dengan bimbingan daripada bapanya yang merupakan seorang pakar linguistik.

Kebolehan linguistik Akram mula terserlah apabila beliau mempelajari abjad Inggeris dalam hanya enam hari dan skrip Tamil yang mengandungi 299 aksara dalam tempoh tiga minggu.

Pencapaian yang biasanya mengambil masa beberapa bulan untuk dipelajari.

Di usia lapan tahun, Akram telah mencatatkan rekod dunia di atas kemampuannya untuk menaip dan menulis pelbagai bahasa.

Pada usia 12 tahun, beliau berjaya mengagumkan ahli linguistik Jerman dengan keupayaannya untuk bertutur dalam 400 bahasa, sekali gus memecahkan rekod dunia yang lain.


Tidak hanya terhenti di situ, Akram melangkah lebih jauh dalam minatnya terhadap bahasa apabila mengikuti pengajian dalam talian di sebuah institusi di Israel, mempelajari bahasa Arab, Sepanyol, Perancis, dan Ibrani kerana tidak menemui program pengajian yang sesuai di India.

Seiring dengan peningkatan penggunaan media sosial, Akram mula mengajar bahasa pada usia 14 tahun melalui platform YouTube.

Pada 2024, beliau telah mengadakan bengkel bahasa di Myanmar, Kemboja, Thailand, dan Indonesia, serta berkongsi ilmu dengan pelajar dari pelbagai negara.

Kini, di usia 19 tahun, Akram sedang meneruskan pengajian dalam bidang Sastera Inggeris di Universiti Alagappa, Chennai, dan Animasi di universiti yang sama.

Selain itu, beliau juga mendalami linguistik di Universiti Terbuka United Kingdom.

Walaupun sibuk dengan komitmen akademik, Akram tetap berusaha untuk meningkatkan kefasihannya dalam pelbagai bahasa.

Perjalanan hidupnya kini menjadi sumber inspirasi kepada ahli linguistik, pendidik, dan pelajar di seluruh dunia. -Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 26-2-2025 01:44 PM
Buang data ja klik video kuch kuch hotak kau hey. Ingatkan ada bukti dia cakap Melayu ka haram. Ini baru betul jumpa keling atau wartawan cari, pilihlah nak katok mana dulu.
Quote plywood 26-2-2025 01:57 PM

[youtube]Tk0ddzup7rQ[/youtube]
Quote plywood 26-2-2025 02:08 PM

boleh baca respon di comment di youtube dari native speaker pasal video di atas..

memang hebatlah.

Quote IzzahF 26-2-2025 02:20 PM
400 bahasa? kat muka bumi ni ada smpai ke 400 bahasa?
Quote Tinot7 26-2-2025 02:32 PM
Tingat iols kat kawan iols yg anak2 dia blajaq mcm2 bahse..
Now anak sulung dia yg tere main piano dah pi blajaq medik kat scotland nun..
Quote Orix 26-2-2025 03:08 PM
IzzahF replied at 26-2-2025 02:20 PM
400 bahasa? kat muka bumi ni ada smpai ke 400 bahasa?

iols pun wonder benda yg sama ... lantas menggoogle, ada 7k bahasa ko di muka bumi ini... alien pun nangis hahaha
Quote white_musk 26-2-2025 03:23 PM
bunyi sungguh baku ... apa apa pun tahniah la dik
Quote IzzahF 26-2-2025 05:10 PM
Orix replied at 26-2-2025 03:08 PM
iols pun wonder benda yg sama ... lantas menggoogle, ada 7k bahasa ko di muka bumi ini... alien pun ...

adoii aiols terasa kebuduhan diri inni banyaknyaaaa
Quote hyie 26-2-2025 05:30 PM
bahasa jawa dia cakap sikit je tak aci tapi dia cakap BM persis budak Cina yang tengah menjawab ujian lisan BM je
Quote batmana 26-2-2025 09:25 PM
[youtube]ppdCYE212W4[/youtube]

dia ckp bhasa melayu pun tk brapa betul
nipu sgt ni

Quote Jitu 26-2-2025 09:39 PM
betul ke ni
keling susah sikit la nak percaya

Quote dua_chzy 26-2-2025 10:12 PM
Stok2 India Asia Selatan pandai2 selalu mendonia yach.
Quote dua_chzy 26-2-2025 10:15 PM
IzzahF replied at 26-2-2025 06:20 AM
400 bahasa? kat muka bumi ni ada smpai ke 400 bahasa?

Takat Malaysia pun dah cecah 144 bahasa.

https://www.google.com/amp/s/sin ... y/ampArticle/643837

1000025185.jpg
Quote zasrfikri 26-2-2025 10:27 PM
dua_chzy replied at 26-2-2025 10:15 PM
Takat Malaysia pun dah cecah 144 bahasa.

https://www.google.com/amp/s/sinarbestari.sinarharian.co ...

betul tu, tu belum masuk bahasa purba dulu kala lagi tu.
Quote sharlenetexas 26-2-2025 10:29 PM
Bahasa esperanto masuk tak?


Quote kotakbaju 26-2-2025 10:52 PM
dua_chzy replied at 26-2-2025 10:15 PM
Takat Malaysia pun dah cecah 144 bahasa.

https://www.google.com/amp/s/sinarbestari.sinarharian.co ...

Ini yg termasuk loghat2 setiap negeri suku sakat kaum peribumi la ye
Quote kepompong 26-2-2025 10:58 PM
Kalau boleh communicate bahasa lain, esp yg baru belajar , boleh elak dapat dementia/alzheimer
Quote sekngucing 26-2-2025 10:59 PM
Decaffeinated replied at 26-2-2025 01:44 PM
Buang data ja klik video kuch kuch hotak kau hey. Ingatkan ada bukti dia cakap Melayu ka haram. Ini  ...

Hahahahahahaha????????????????
Quote dua_chzy 26-2-2025 11:24 PM
Edited by dua_chzy at 26-2-2025 03:25 PM
kotakbaju replied at 26-2-2025 02:52 PM
Ini yg termasuk loghat2 setiap negeri suku sakat kaum peribumi la ye


Iya. Bahasa Melayu tu ja dah berapa dialek.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.062555 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top