CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elon Musk Yang Bukan Anggota Jemaah Menteri Akan Sertai Mesyuarat Kabinet Rasmi Pertama Trump Hari Ini, Kata Rumah Putih

26-2-2025 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11164| Komen: 3|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-26 081207.png


WASHINGTON - Elon Musk yang bukan anggota jemaah menteri akan menghadiri mesyuarat Kabinet rasmi pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu, kata Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt.

“Ya, betul,” kata Leavitt kepada Jeff Zeleny dari CNN apabila ditanya sama ada jutawan teknologi dan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) itu akan menghadiri mesyuarat Kabinet pertama presiden.

“Elon, memandangkan beliau bekerja bersama Presiden dan Setiausaha Kabinet kami, keseluruhan pentadbiran ini akan hadir esok,” tambah Leavitt.

Setiausaha Akhbar itu berkata, Musk akan bercakap mengenai usaha DOGE dan “bagaimana semua Setiausaha Kabinet mengenal pasti pembaziran, penipuan dan penyalahgunaan” dalam agensi mereka.

“Saya rasa anda akan mendengar daripada Presiden dan Kabinetnya apabila mereka berada di kampus esok,” kata Leavitt.

“Saya harap anda semua teruja,” katanya mengakhiri kenyataan itu.

Presiden Trump akan mengadakan mesyuarat Kabinet rasmi pertamanya hari ini, menurut pengesahan Leavitt semasa taklimat terakhir di White House.

Mesyuarat Kabinet penuh pertama Trump semasa penggal pertamanya adalah pada 12 Jun 2017. - Agensi/ Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 26-2-2025 01:29 PM
Kalau di Malaysia dia dah jadi senator untuk menghalalkan dia jadi menteri tanpa bertanding. Trump nak tiru Malaysia le tu.
Quote Orenn1 1-3-2025 03:22 AM
Salemoalekom uols sape nak bukak thread zelensky pegi white house. Ya ampun heols kena humiliated  dgn Trump n Vance, kena scholding mcm a child. Aku tak bekenan jugak kat zelensky tu sbb aku support putin lol tapi kan tgk muka dia kesian jugak kena terukk gilerr. Serba salah nak gelak, patutnya  macron kena mcm tu. Tapi kan sebelum ni starmer pun kena jugak dgn Trump n Vance tp taklah seteruk mcm zelensky. Makin drama uols. Cepat tolong bukak thread, kita raya hindu lol kohkohkohh
Quote cmf_jeangrey 1-3-2025 04:11 AM
Edited by cmf_jeangrey at 1-3-2025 04:19 AM

I tengah tunggu tesla shares tukar green then jual..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.030574 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top