CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batalion 8 PGA Rampas Anak Pokok Seludup Bernilai RM2 Juta di Rantau Panjang

26-2-2025 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11128| Komen: 2



RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa berjaya merampas pelbagai jenis anak pokok seludup, termasuk durian duri hitam, laici, longan, durian belanda, dan petai, bernilai RM2 juta di dua lokasi berasingan di sini pada Isnin lalu.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan pertama dilakukan pada sekitar jam 10 pagi semasa operasi Op Taring Wawasan. Ketika itu, anggota PGA mengesan sebuah lori yang dipandu secara mencurigakan dan telah ditahan di Kampung Kerdap.

"Hasil pemeriksaan mendapati lebih 15,000 anak pokok durian belanda dan petai (400) yang dipercayai diseludup dari Thailand, dengan anggaran nilai rampasan RM912,000. Tanaman ini disyaki dijangkiti serangga perosak dan penyakit. Seorang lelaki berusia 41 tahun yang merupakan pemandu lori tersebut telah ditahan," katanya dalam sidang media pada Rabu.


Serbuan kedua dilakukan pada sekitar jam 10.20 malam di Kampung Parit Air selepas pihak berkuasa menahan sebuah lori yang dipandu secara mencurigakan oleh seorang lelaki berusia 36 tahun. Pemeriksaan mendapati lebih 1,000 anak pokok durian duri hitam, 8,000 anak pokok laici, dan 5,500 anak pokok longan yang dipercayai diseludup dari Thailand. Anak pokok tersebut juga disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit.

Nik Ros Azhan menambah, nilai keseluruhan rampasan tersebut dianggarkan berjumlah RM1.12 juta. Kedua-dua kes tersebut kini disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5.

"Semua suspek bersama barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 26-2-2025 12:44 PM
Anak pokok seludup nak jual kat shopee lazada ke?


Quote swimswim 26-2-2025 09:23 PM
sharlenetexas: Anak pokok seludup nak jual ka ...


Maybe la u. Kurang ajar jual benda rosak dkt msia. Patutla x nak lalu maqis

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 1.084922 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top