CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘It’s not cerdik bro, but stupid idea’, Caprice menempelak tindakan Ammar Nazhan

26-2-2025 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18294| Komen: 11|Original author: Raline

WhatsApp-Image-2025-02-25-at-3.09.32-PM-1536x1150.jpeg


Penyanyi rap, Caprice menempelak tindakan Ammar Nazhan berhubung kandungan palsu yang dimuat naik di platform media sosial awal bulan ini.

Menerusi satu siaran podcast bersama Ammar Nazhan atau nama sebenarnya Ammar Nazhan Noralyadi, 29, Caprice mempersoalkan perkara sebenar yang terjadi ketika rakaman dilakukan.


Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli kemudiannya berkata tindakan Ammar serta rakan-rakan untuk memuat naik kandungan palsu adalah tindakan kurang bijak kerana telah menimbulkan kegusaran orang ramai.

“For you to say Arasz is cerdik untuk buat konten hilang, minta maaf bro I have to disagree that.

“Sebab nak buat orang hilang will make people worry. It’s not a cerdik idea bro, it’s very stupid idea to get a talent to hilang secara umum,” ujar Caprice kepada Ammar.

Selain itu, Caprice turut bertanyakan adakah kemunculan pihak polis dan askar Indonesia yang berada dalam penstriman langsung ketika ‘kehilangan’ Eyka itu dibayar oleh produksi.

Justeru, Ammar Nazhan mendakwa, ketika rakaman dilakukan, pihak polis dan askar Indonesia yang berada dalam penstriman langsung tersebut adalah ‘gimik’ semata-mata namun tidak menerima sebarang bayaran.

“Yang itu (kemunculan polis dan askar) dia memang dah tahu tentang rakaman dan mereka cuma berlakon. Maksudnya mereka sudsh tahu itu adalah gimik. Cuma memang tidak dibayar atau apa-apa.

“Saya tanya Arasz, macam mana boleh yakinkan polis dan askar untuk berlakon, kalau nak tahu di sana memang banyak aktiviti paranormal lain sedang berlaku. Jadi polis dan askar ni memang ada di kawasan itu untuk pantau,” dakwanya.


Sebelum ini, tindakan Ammar menghasilkan kandungan palsu berhubung video yang mendakwa seorang lagi rakan mereka, Eykaa hilang di sebuah kawasan hutan di Bandung, wilayah Jawa Barat mendapat kecaman hebat dari orang ramai.

Bukan itu sahaja, tindakan Ammar dan rakan-rakannya juga mendapat perhatian kerajaan Republik Indonesia serta liputan meluas oleh pihak media negara tersebut.


Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 25-2-2025 11:07 PM
Kat dlm forum ni xgempar mana pun
Sapa pun xcaya
Quote prince_marhaen 26-2-2025 10:26 AM
muka busuk kepam macam musibat ni pun ramai yang dok support & follow, siap dok berkubang serumah buat content macam gampang.. tak paham aku
Quote azimodin 26-2-2025 11:48 AM
For a 29 yo to say "saya teruja" bila member bagi idea bodoh is very telling. Budak fries kepam ni iq dia single digit.
Quote PULANGKAN 26-2-2025 12:22 PM
aku kalau taip memang panjang nak maki dia ni

tolong la dakwa. macam2 benda dia langgar

bukan sekali dua buat kontroversi bodoh. merosakkan generasi muda
Quote mizzmimi 26-2-2025 05:51 PM
Baik ko panggil antu kopek suruh sorok diri ko kat alam sebelah sampai bila2 dek.. aman sikit nurtizen dari konten bangang tak cukup akal ko tu..
Quote KamikuP 27-2-2025 02:19 PM
Mujur bini meolls dah stop mengandung, kalau x dah terkenan muka busuk kepam mamat neh... ekekekeke
Quote per706 27-2-2025 02:47 PM
Dik kalau ko baca Komen ni


P mndi.berusla mana patot. Kusam sungguh
Quote naina 27-2-2025 02:53 PM
Ruginya masa muda habiskan masa buat benda2 xde faedah dan menipu cmni. Ko makan banyak duit haram ke cmne sampai takleh beza content cerdik dengan bodoh
Quote noorhairiahma 27-2-2025 03:12 PM
prince_marhaen replied at 26-2-2025 10:26 AM
muka busuk kepam macam musibat ni pun ramai yang dok support & follow, siap dok berkubang serumah bu ...

Yang sekapal macam dia jugak yang support and follow.


Yang cantik jelitah hensem semua tu tak sebodoh itu untuk support n follow dia.
Quote SalenaGomez 27-2-2025 04:23 PM
Berani ke nak sebut bayar tentera n polis konoha? Mau x balik malaysia nanti
Quote belilies 27-2-2025 04:30 PM
Ni dah ibarat, aku garu belakang kau, kau garu belakang aku balik. Ni pun stupid idea jugak, kepris. Tazzabar nak tunggu kifarah lain jadik kat ko mulut longkang.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.098379 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top