CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

White House Tentukan Media yang Boleh Liput Mengenai Trump

26-2-2025 07:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11460| Komen: 0

 


WASHINGTON: Pentadbiran Rumah Putih merancang untuk melaksanakan perubahan besar dalam amalan akses media dengan mengawal kumpulan wartawan yang dikenali sebagai "press pool" yang dibenarkan untuk mengikuti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam beberapa acara penting.

Press pool ini terdiri daripada wakil media televisyen, media cetak, radio, agensi berita, dan jurugambar yang biasanya mengiringi Presiden dalam penerbangan dengan pesawat Air Force One dan menghadiri acara-acara di tempat-tempat terhad seperti Pejabat Oval atau Bilik Roosevelt. Mereka bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan mereka di agensi media lain melalui laporan "pool reports" yang dihantar melalui e-mel.

“Selama beberapa dekad, sekumpulan wartawan yang berpangkalan di Washington, iaitu White House Correspondents Association, telah diberi kuasa untuk menentukan siapa yang boleh menyoal presiden Amerika Syarikat dalam ruang paling eksklusif ini. Namun, itu tidak akan berlaku lagi," ujar Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, dalam satu sidang media pada hari Selasa.


Leavitt menambah, "Mulai sekarang, press pool Rumah Putih akan ditentukan oleh pasukan media Rumah Putih."

Pengumuman ini dibuat hanya sehari selepas seorang Hakim Persekutuan menolak permohonan sementara untuk mengembalikan akses agensi media Associated Press ke beberapa acara yang melibatkan Trump, termasuk di Pejabat Oval dan Air Force One.

Leavitt turut menjelaskan bahawa agensi berita tradisional masih dibenarkan untuk menyertai acara Presiden, namun “suara-suara baharu juga akan dialu-alukan,” termasuk perkhidmatan penstriman, hos radio dari seluruh negara, dan platform media baru.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi maklumat terperinci mengenai mekanisme penggiliran wartawan ini.

"Sekumpulan kecil wartawan yang berpangkalan di Washington tidak seharusnya lagi memonopoli keistimewaan akses media di Rumah Putih," tambah Leavitt.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064824 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top