Sekumpulan lelaki yang sedang melakukan seks di sebuah taman awam melarikan diri selepas mereka disergah oleh anggota polis.
Menerusi video tular, polis meniup wisel dan menyuluh lampu, menyebabkan enam pelaku terkejut dan menghentikan perbuatan jijik itu.
Polis bagaimanapun tidak mengejar kumpulan tersebut.
Video yang dirakam di sebuah taman awam di daerah Bang Khen, Bangkok, Thailand pada Khamis itu dikongsi menerusi Esor News.
Jika ditahan, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 388 Kanun Jenayah dan didenda sehingga 5,000 baht (RM658) kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.
Bagaimanapun, rakaman aksi seksual mereka dikaburkan.
Netizen Thailand meluahkan kebimbangan serius, menyatakan mereka sepatutnya ke hotel dan tidak melakukan seks di tempat awam.
Namun, ada yang berpendapat mereka lebih gemar melakukan hubungan seks di tempat terbuka walaupun mampu untuk menyewa hotel.
Seorang netizen lain mendakwa sering melihat aktiviti seks awam di sebuah stadium di wilayah Chiang Mai.
Beberapa individu mengakui mereka turut menyaksikan perbuatan sama di Taman Chatuchak, Taman Wachirabenchathat dan taman awam di bawah Jambatan Rama VIII. - Agensi.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|