CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki cabut lari masa 1st date- Wanita gemuk kena bayar bil makan, balik sendiri naik Grab

25-2-2025 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6690| Komen: 31|Original author: Raline

n.PNG


Di TikTok, seorang wanita berkongsi pengalamannya yang dilayan teruk oleh lelaki gara-gara keadaan fizikalnya.

Menerusi hantaran tular itu, pengadu berkata dia berkenalan dengan lelaki tersebut menerusi sebuah aplikasi temu janji.

"Saya pernah pergi Bumble date dengan seorang lelaki ini, dah beritahu yang saya ini gemuk dan buruk tapi dia tetap berkeras nak jumpa. Saya setuju dan dia jemput saya.

"Kemudian dia cadangkan kami pergi makan tengah hari di sebuah kafe. Masa nak pesan makanan, dia tanya saya ada duit tunai tak sebab kedai itu terima duit tunai saja.

"Dia tak bawa duit. Jadi saya gunakan RM100 yang ada untuk bayar makan kami berdua dan tinggallah baki RM20," tulisnya memulakan cerita.

Menurut wanita itu, semuanya berjalan lancar sepanjang pertemuan, namun lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri ketika dia ke tandas selepas mereka menjamu selera.

"Lepas makan saya pergi ke tandas, bila keluar, dia dah tiada. Saya hubungi banyak kali tapi tak diangkat. Apa yang saya mahu cumalah balik ke rumah.

"Saya tunggu sampai 40 minit dan putus asa. Saya guna baki RM20 untuk bayar Grab. Aku doakan kau tak tenang," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa berang terhadap tindakan lelaki itu.

Malah, netizen turut berkongsi tip di ruangan komen agar kaum Hawa lebih berhati-hati untuk keluar bertemu lelaki pada masa akan datang.

"Tip pergi date dengan seseorang yang awak tak pernah jumpa, jangan biar dia ambil awak. Pergi dengan kenderaan sendiri.

"Sebelum keluar date, pastikan dah lama chat, bukan kenal kejap terus jumpa. Biar ambil masa, memilihlah sikit.

"Tak baiknya buat macam tu. Kalau betul tak suka pun, dah kau ambil, kau hantarlah balik," tulis beberapa netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 25-2-2025 01:06 PM
sian awak dik
Quote bluebutter 25-2-2025 04:27 PM
Tingat pada budak I jumpa kat wedding. Dia cam malu alam nak cakap.dah nak umur 30. Dia pompan. Sian dia. Badan besar tinggi ragam. Besar rectangle size cutting badan dia.
Mak dia kut kan tak jaga makanan Dari kecik. Jadi besar lebih tinggi Dari lelaki.
Sian gak, susah nak kurus.

To budak dalam cerita ni, Sian dia.
Entahlah.
Nak kurus bukan senang.
Kena bully lak tu dgn budak lelaki tak berguna tu.
Quote Butterfly41 25-2-2025 08:56 PM
Kau berdua makan apa la sampai 80 hengget. Jadikan pengajaran, sebelum decide mahu berjumpa tu korek dulu habis2 latarbelakang dan tingkahlaku seseorang tu. Tak mengapa jika tersilap berjumpa dengan lelaki macam ni, asalkan jangan tersilap janji temu dengan suami orang. Haha
Quote Jitu 25-2-2025 09:35 PM
tergamak ye buat mcm tu jahatnya

btw iols byk kali dah ajak jumpa @Tinot7
tp tak nak
adakah takut jadi mcm ni
Quote Tinot7 25-2-2025 09:39 PM
Jitu replied at 25-2-2025 09:35 PM
tergamak ye buat mcm tu jahatnya

btw iols byk kali dah ajak jumpa @Tinot7

Ha ah
Takut kena pow duit..
Quote Jitu 25-2-2025 09:44 PM
Tinot7 replied at 25-2-2025 09:39 PM
Ha ah
Takut kena pow duit..

tak hingin iols duit org pompuan

iols la yg belanja tp jgn bawa ramai2 nnt pokai iols dibuatnya
Quote Tinot7 25-2-2025 09:50 PM
Jitu replied at 25-2-2025 09:44 PM
tak hingin iols duit org pompuan

iols la yg belanja tp jgn bawa ramai2 nnt pokai iols dibuatny ...

Lorr.. ajak la mana2 minah kat kuantan tu..
Quote Jitu 25-2-2025 10:01 PM
Tinot7 replied at 25-2-2025 09:50 PM
Lorr.. ajak la mana2 minah kat kuantan tu..

dah agak mesti uols jawab mcm ni

masalahnya iols nak kenal dgn uols bkn dgn minah kuantan kan
tp tak nak takpe la
Quote Mary_jane 25-2-2025 10:54 PM
Haha comel je sandiwara kat atas ni. Harap takde lah adegan tinggal pompuan kat cafe dengan bil kena bayar & tak hantar balik. Boo lemah nya jadi laki.
Quote eyansss 25-2-2025 10:57 PM
lainkali suruh mamat tu qr atau transfer then baru ko bayar pakai cash ko…
Quote sayawifenikmie 25-2-2025 11:24 PM
to anak anak dara
jagalah badan jgn gemuk
lalu ke tengok badan sendiri yg gemok berlipat

Quote Tinot7 26-2-2025 07:43 AM
Jitu replied at 25-2-2025 10:01 PM
dah agak mesti uols jawab mcm ni

masalahnya iols nak kenal dgn uols bkn dgn minah kuantan kan  ...

Ini porem. Identiti musti la rahsia
Quote dewi_rina 26-2-2025 09:32 AM
Zaman dulu selalu sms je, jumpa tak pernah, apa tak pernah.. Gambar takde, tak kenal pun orang nya.. Selalu lah dia cakap sy tak hensem, tak kaya, topup pun 2 ringgit sehari.. I mcm errrr, takyah cakap kot, buat turn off je.. Elok org nak berkawan rasa cringe Tapi tu zaman dulu lah, rasanya kalau selisih takkan kenal kot
Quote seri_mawr 26-2-2025 09:49 AM
kesiannya la...kejam betul lelaki tu...
seoga jodoh lelaki tu dengan org gemuk 2x ganda dari budak perempuan yang dia tinggalkan itu..

tak pun klu dah kawen..biar bini dia jadi gemuk besar tong.....
eh geram pulak aku....huhuhuhu...

tapi berani jua adik tu keluar dgn lelaki naik kereta lelaki...aihh...bahaya tu...beringat sebelum kena....
Quote awanysss 26-2-2025 10:23 AM
sayawifenikmie replied at 25-2-2025 11:24 PM
to anak anak dara
jagalah badan jgn gemuk
lalu ke tengok badan sendiri yg gemok berlipat

iols harap ada someone yang iols kenal di alam nyata, terbaca komen uols ni.
rengsek iols tgk anak daranya belum 10 tahun dah lg besar dr neneknya.
baju iols longgar nak mampus, sampai kat dia sendat mcm sarung nangka.
meanwhile emaknya bangga hari2 masakkan utk anak. tak reti control.
masa kecik okay la takde sense nak cantik2 lg, dah besar kena shaming nanti harap mak dia menyesal.

Quote matseh 26-2-2025 10:24 AM
Teruk perangai.
Quote awanysss 26-2-2025 10:25 AM
seri_mawr replied at 26-2-2025 09:49 AM
kesiannya la...kejam betul lelaki tu...
seoga jodoh lelaki tu dengan org gemuk 2x ganda dari budak p ...

uols mcm iols la. kalau org "jahat". i rasa nak doakan je dia dpt balasan "double" dr apa yg dia buat hihihi

btw, budak2 skrg mmg berani kan. 1st date naik kereta dgn laki tak kenal. buatnya kena culik, kena raba. nak report polis pun malu.
Quote seri_mawr 26-2-2025 10:35 AM
awanysss replied at 26-2-2025 10:25 AM
uols mcm iols la. kalau org "jahat". i rasa nak doakan je dia dpt balasan "double" dr apa yg dia b ...

iya lah geram...
awal2 dia dah cakp dia gemuk n x cantik....agaknya lelaki tu sangka budak perempun tu tipu dia...

tp mmg kejam...hantar la balik....lepas tu nak tukar no..nak block...buat la..kurang2 jadi la gentleman sikit...

first date perempuan usah le keluarkan duit..belum apa2 dah nampk lelaki tu kedekut....x gentleman...x sesuia buat laki...nak belanja first date pun x mampu....

Quote Cassieopeia 26-2-2025 12:44 PM
laki tu nk mkn free je kot, awal2 dh ckp xbwk cash

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.129192 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top