CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ebby Yus Dedah Penyanyi Wanita Muda Sombong, Enggan Langsung Bertegur Sapa – ‘Saya Di Sebelah Dia’

25-2-2025 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31329| Komen: 37|Original author: Raline


ebby-yus-1.jpg


Pelakon dan pelawak senior, Ebby Yus mendedahkan tentang seorang penyanyi wanita yang didakwa tidak menegurnya.

Menerusi temu bual bersama Soutudeen, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 60 berkata, penyanyi tersebut tidak menyapa dirinya meskipun mereka duduk bersebelahan.

Ada seorang penyanyi perempuan, dia datang dan terus berbual-bual dengan kawannya.


Saya di sebelah, dia tak ada tegur dan hanya bercakap dengan temannya sahaja tetapi saya berharap juga dia datang tegur tapi tak ada.

Walau bagaimanapun, pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut itu tidak mengambil pusing dengan tingkah laku penyanyi berkenaan berikutan umurnya yang masih mentah.

Penyanyi itu masih muda dan saya pun tak mahu bersangka buruk..dalam hati saya berkata, dia budak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kurang senang dengan penyanyi berkenaan yang disifatkan kurang adab dan sopan.

Itu yang sedih, memang ramai budak sekarang agak kurang dari segi adab. Bila tegur kita pula dimarahnya.

Memang perangai budak-budak sekarang. Datang rumah pun tak reti nak bersalam atau senyum.

Zaman sekarang ini memang kurang adab.

Pendidikan tentang adab sopan bermula dari rumah.

Ibu bapa antara orang yang perlu ajar mereka.

Sumber: TikTok Soutudeen, Oh Bulan








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bpbbppbp 23-2-2025 11:25 PM
Org dlu dgn skg lain. Yelahh bdk tu pun xtau nak tegur apa or x kenal ke. Jdi dia buat hal dia je.
“Apabila kalian berada seramai tiga orang, maka janganlah berbisik-bisik berdua-duaan tanpa mengajak sekali orang ketiga, sehingga kamu bercampur gaul dengan manusia (bertambah jumlah). Hal ini kerana berbisik boleh membuat orang yang ketiga bersedih.” [Riwayat Muslim (2184)[2]
Perbualan secara berbisik-bisik menyebabkan pihak ketiga akan berasa hati kerana tidak diperlukan dalam perbincangan antara mereka selain rasa tidak layak dan rasa keseorangan.
Quote ezacbee 23-2-2025 11:27 PM
Mungkin x kenal, mungkin penyegan.. Segala nya berkemungkinan..
Quote duri_durians 24-2-2025 01:58 AM
basic dia kalau jumpa org tua , tegur tanya khabar pun cukup.
pastu borak la dgn kawan sampai lebam.
bukan masalah kenal tak kenal.
kita jumpa kawan mak ayah kat kenduri kahwin pun kita salam dan tegur borak kosong kan.
ke benda camtu pun budak2 skrg tak buat?
Quote DARSITA 24-2-2025 02:17 AM

Mungkin penyanyi itu tidak mengenali beliau. Kadang dlm media kita boleh cam muka tapi bila face to face tak ingat siapa si polan si polan.

Aina kah penyanyi itu?

Btw nak terasa apa kalau orang yg berborak tak ajak kita berborak? nak pulak budak itu perempuan muda .. tak masuk akal langsung nak ajak pakcik berborak dgn mereka.
Quote A-Are 24-2-2025 08:17 AM
entahlah, baru2 ni adik i ols intern di salah 1 pusat penyiaran...tp memang diakui dia xkenal pon pelakon/penyanyi @ pelawak ni (bukan ebby yus)..so dia buat xtao la bz buat kerjanya, lgpon adik i ols kategori introvert, fuhh sekali melenting ya bising2 kata semorang xlayan dia, siap tunjuk ke arah adik i ols..ckp adik i ols masuk bilik tp buat xtao xlayan dia...entitle much juga artis2 ni..jgnlah expect semorang kenal kita..adik i ols tu umor dalam 19 mcm tu manalah kenal senario, cecupak & dll..
Quote Sendawg 24-2-2025 09:07 AM
A-Are replied at 24-2-2025 08:17 AM
entahlah, baru2 ni adik i ols intern di salah 1 pusat penyiaran...tp memang diakui dia xkenal pon pe ...

Kesian do introverts yang kerja dalam industri hiburan. We are easily judged unfavorably because of our nature. Sampaikan tahap orang kata introvert tak sesuai dgn industri ni. It's true in a way, tapi kesian la kalau yg berjiwa filem tu, dream career hancur.
Quote zad78 24-2-2025 09:19 AM
senang jer nyahhhh....3 benda jer kena buat nak bagi nampak ramah...5 saat jer kena spend...1. Bagi Salam 2. tanya kabor......kalau jumpa yg cina atau india....3. tanya dah makan ke belum.....tu pun nak kena ajor ke nyaahhhh oiiiiii
Quote SalenaGomez 24-2-2025 09:29 AM
zad78 replied at 24-2-2025 09:19 AM
senang jer nyahhhh....3 benda jer kena buat nak bagi nampak ramah...5 saat jer kena spend...1. Bagi  ...

Ya betul. Xkisah la sejenis introvet ke atau vice versa, ni standed PR ko kena buat lagi2 kalau keje bidang mass comm.

Pastu depend ko berada kat mana. Kalau kat asia, mmg lebih kurang culture ngan gitu lah. Greet lebih kurang semua org. Kalau kat europe mungkin ada lain sikit. Kena ada sifat observance dgn keaadaan sekeliling, baru boleh hidup dlm masyarakat

Even duduk dalam hutan pon, kita akan observance dgn keadaan sekeliling
Quote A-Are 24-2-2025 09:36 AM
Sendawg replied at 24-2-2025 01:07 AM
Kesian do introverts yang kerja dalam industri hiburan. We are easily judged unfavorably because o ...

Adik i ols jaga bahagian style and fashion...masa tu bukan perlu entertain & handle artis tu pon..time balik kerja dah pon adik i ols keluar masuk bilik tu ambik barang..bila dia sebut of coz i ols kenal la artis tu, i ols pon tanyalah artis2 seangkatan yg lain semua adik i ols xkenal, dia boleh jawab macam pernah dgr je i ols brainwash jugak dia, dah tao nk kerja bidang ni kena lah buat research jugak...dapat yg jenis mudah terasa gini dah 1 hal kena marah...
Quote AnggunSophea 24-2-2025 12:36 PM
Edited by AnggunSophea at 24-2-2025 04:38 AM
A-Are replied at 24-2-2025 01:36 AM
Adik i ols jaga bahagian style and fashion...masa tu bukan perlu entertain & handle artis tu pon.. ...


I setuju dengan suggestion u yang last sekali tu. Adik u memang kena buat research serba sedikit pasal artis lama. At least artis yg akan ada pada hari kejadian. Tahu nama pun ok dah kot kan. Angguk atau tegur "Abang Samad sihat? Saya ambik baju ya" gituhh. Memang org introvert ni lebih nampak menyombong dari suka buat hal sendiri. Sebab I pun macam tu. Tapi I jenis ramah mesra tegur strangers je. Org yg I kenal I auto tak berapa ramah even jiran sekalipun. Huhu
Quote A-Are 24-2-2025 12:41 PM
AnggunSophea replied at 24-2-2025 04:36 AM
I setuju dengan suggestion u yang last sekali tu. Adik u memang kena buat research serba sedikit p ...

ya..mmg i ols tegur gitu..even xkenal pon senyum, bg salam minta izin sekian2...bila ditanya dia kata senyum ja...ntahla..naseblah intern terselamatah dr di cerca teruk...
Quote virgo19 24-2-2025 12:48 PM
Ntah la.. kalau iols jadi budak pompuan muda tu pun, tak tau camne nak tegur seorang pakcik umur 60an, rasa janggal. Sepatutnya pakcik tu yg kena tegur budak pompuan tu dulu kot..
Quote dudaberhias 24-2-2025 12:53 PM
ya ampun sombongnya... mentang2 sebelah tu ebby yus atau bandi suriati...

cuba kalau yang sebelah dia tu meerqeen... confirm terkemut2 cikki penyanyi tu tegur...

fefeeling kekwat sangat.. semoga karier penyanyi tu terjunam
Quote ninja boy 24-2-2025 12:58 PM
Kesimpulnnya wanita muda layan lelaki berduit kepuk2 dan hensem ja
Quote kepompong 24-2-2025 01:05 PM
zad78 replied at 24-2-2025 09:19 AM
senang jer nyahhhh....3 benda jer kena buat nak bagi nampak ramah...5 saat jer kena spend...1. Bagi  ...

Memang wujud orang yg tak boleh buat benda ni u… not that easy . Walaupun org tu kelihatan talkative, tapi nak mulakan tu dia mmg tak boleh buat
Quote Sendawg 24-2-2025 05:26 PM
A-Are replied at 24-2-2025 09:36 AM
Adik i ols jaga bahagian style and fashion...masa tu bukan perlu entertain & handle artis tu pon.. ...

Adik you kena belajar tunduk hormat kat orang lebih tua even if tak kenal. Even I kerja bidang filem pun buat gitu.
Quote MisXoXo 24-2-2025 05:51 PM
A-Are replied at 24-2-2025 08:17 AM
entahlah, baru2 ni adik i ols intern di salah 1 pusat penyiaran...tp memang diakui dia xkenal pon pe ...

At least senyum dan cakap assalamualaikum encik..pakcik..itu lah namanya beradab dan pandai bw diri lagilah intern kan.gittuhhhh
Quote Lolalala 25-2-2025 06:44 PM
Aku pegi kenduri pun before duduk bg salam dan sapa orang² di meja. Tanya boleh duduk ke? Ada orang punya seat ke?
Quote izat123 25-2-2025 07:47 PM
A-Are replied at 24-2-2025 09:36 AM
Adik i ols jaga bahagian style and fashion...masa tu bukan perlu entertain & handle artis tu pon.. ...

Artis tu talent yang diundang ke situ kot. Basic manners orang lalu lalang depan dia sambil dia menunggu at least angguk sambil senyum pun dah okay sebenarnya instead of lalu lalang buat tak kenal kehulu kehilir depan dia haha. Kalau bukan artis pun, let say ada guest datang tunggu kat waiting area of the department, yang lalu lalang kalau tak senyum akan tegur basa basi "tunggu siapa?" Or "ada interview ke?". Memang macam tu lah sepatutnya.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046787 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top