CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elly Mazlein Sarung Tudung Dalam ‘Live’, Menangis Dengar Nasihat Ustazah Asma’ – ‘Doakan, Saya Pun Nak Sangat Jadi Macam Ini’

25-2-2025 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29550| Komen: 15|Original author: Raline

elly-ustazah-1.jpg


Pengacara dan pelakon Elly Mazlein menangis ketika mendengar nasihat daripada pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ustazah Asma dilihat sedang mempromosikan hijab sebelum Elly mendatanginya lalu menyarung sehelai tudung berwarna hijau.


Alhamdulillah syukur, hari ini dapat jumpa dan belajar daripada ustazah. Ini satu rezeki.

Ustazah Asma’ kemudian tidak henti-henti memuji pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu dan mengakui meminatinya dalam diam.

Awak memang cantik, baik hati, rakyat Malaysia ramai yang sayangkan awak. Awak wanita yang sempurna

Ini pun rezeki juga untuk saya. Dalam diam saya pun peminat awak, suka tengok aksi dan gelak tawa awak.

Dalam masa yang sama, Ustazah Asma’ berkata, bakat yang dimiliki Elly bukanlah sia-sia kerana ia menjadi hiburan dan memberikan rasa gembira dalam diri setiap insan yang menontonnya.

Ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan hiburan kerana artis adalah insan seni yang mengisi hati kita dan yang membuatkan hari-hari kami ceria.

Itu pahala. Nabi pernah ditanya, siapakah orang yang paling dicintai Allah..Nabi jawab orang yang menggembirakan hati orang lain dan yang mempermudahkan urusan mereka.

Allah berikan kepada awak bakat yang tidak ada pada orang lain, semoga bakat-bakat itu dibawa ke syurga.

Elly tersentuh mendengar pujian daripada Ustazah Asma’, lalu meminta mendoakan kebaikan untuknya.

Doakan yang baik-baik, saya pun nak sangat jadi macam ini (berhijab). Terima kasih ustazah.

Sementara itu, pendakwah tersebut turut berkongsi tentang pendapatnya tentang penghijrahan selebriti yang dilihat memberi impak positif terhadap masyarakat.

Jadi lebih baik daripada saya insya-Allah. Apabila artis berhijrah, mereka akan berhijrah dari gelap ke putih dan menjadi inspirasi kepada ramai orang yang jauh lebih baik daripada dakwah saya.

Minta maaf saya bercakap tentang aurat. Aurat adalah satu kewajipan tetapi ada orang dia tutup aurat tapi kewajipan lain banyak yang dia tak buat.

Kita jangan berat sebelah. Contohnya, kalau dia tidak tutup aurat, semuanya tidak baik..bukan begitu sedangkan mengumpat juga adalah dosa besar.

Jadi kita kena adil kerana semua orang mahu ke arah kebaikkan.

Pengacara berusia 45 tahun itu dilihat tidak mampu menahan air mata selepas mendengar kata-kata nasihat tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asma’.

Sumber: TikTok, Oh Bulan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 23-2-2025 10:10 PM
Tiberrrrrr setajah, selalu kondem retis ,tetibe face to face awaklah wanita sempurna pujian segala
Quote sharlenetexas 23-2-2025 10:11 PM
Stoplah gedik2 meleweh terlebih tu.


Quote noor2 23-2-2025 10:21 PM
Ustazah ni x mekap pun lawa
Quote bpbbppbp 23-2-2025 11:13 PM
Dia kat luar baik, x sombong. Jenis hati lembut Lina ni. Terus menangis. Dah ada niat, step by step istiqomah. Moga yg terbaik kak linaa
Quote irvene 23-2-2025 11:16 PM
alahai. macamlah ko lahir bukan islam. dah mmg sah2 la ko islam dari kecik, belajar agama dekat sekolah
Quote Raman 23-2-2025 11:46 PM
Ermmm next
Quote prince_marhaen 25-2-2025 03:13 PM
Edited by prince_marhaen at 25-2-2025 03:14 PM

setazah kentut ehem...
setazah ni jenis phone berjahit kat tangan jugak eh... pagi, tghari, ptg, malam, tgh malam pun ada je buat live.... confused meols.. tak beribadah & jaga suami pulak eh... hihihi
Quote kucingitam 25-2-2025 03:42 PM
aku doakan lina kepom dibukakan hatinya untuk menjadi lebih baik..jgn salah faham, bukan kau tak baik, tapi lebih baik..
Quote Thunderclouds 25-2-2025 06:07 PM
Restoren dh bungkus tukaq jual tudung la pulak yer setajah.
Quote amyfaha 25-2-2025 09:54 PM
Asma ni muka makin cantik cerah bercahaya putih gebu bukanlah kerana iman semata2 you. Sheolll rajin buat facial n estetik kat muka. Bnyk kali da meol terserempak dgn she.. haih zaman skrg ni mcm yerrr. X lama keluar la tu produk2 gebu gebas by asma
Quote patik 26-2-2025 05:45 AM
amyfaha replied at 25-2-2025 09:54 PM
Asma ni muka makin cantik cerah bercahaya putih gebu bukanlah kerana iman semata2 you. Sheolll rajin ...

Dia mmg dah ade produk la uolss..kat tt rancak berjualan
Quote SR4tahun 27-2-2025 01:45 AM
Byr kwsp tak stazahhhh
Quote cm_vungtau 27-2-2025 07:00 AM
Setazah ni memang suka buat member dengan artis2 pastu semua artis2 dia kasi nangis ke acaner?
Quote kepompong 27-2-2025 08:06 AM
Kasi nangis kira pencapaian tertinggi dia lah
Quote toynme 27-2-2025 08:08 AM
irvene replied at 23-2-2025 11:16 PM
alahai. macamlah ko lahir bukan islam. dah mmg sah2 la ko islam dari kecik, belajar agama dekat seko ...

tahhh...tak paham aku

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.061855 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top