CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan syok sendiri-Uyaina Arshad warning influencer buat lawak tak bertempat

25-2-2025 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31964| Komen: 2|Original author: Raline

uy.PNG


Lantang bersuara, pengacara Uyaina Arshad menasihati pempengaruh agar berhati-hati menghasilkan sesuatu kandungan.

Dalam masa sama, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, turut mengingatkan agar tidak melakukan kandungan melampaui batas.

“Pencipta kandungan, ini untuk anda dan kita semua yang muat naik sesuatu dalam media sosial.

“Janganlah buat video yang melanggar undang-undang, petik nama orang atas dasar lawak dan gurauan.

“Usah buat kandungan ‘prank’ melampau batas dan parodi syok sendiri,” katanya dalam aplikasi X.


Berkongsi lanjut, pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu turut memaklumkan jenaka dalam sesuatu kandungan juga seharusnya disesuaikan dengan keadaan.

“Lawak bila salah tempat, dah tak jadi lawak,” ujarnya lagi.

Perkongsian itu dibuat Uyaina berdasarkan kes yang berlaku antara pelakon Ellie Suriaty dan pempengaruh Imran Bard.

Sebelum ini, Ellie mengadakan sidang media menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa Imran yang didakwa menjejaskan namanya menerusi dua hantaran video parodi dalam TikTok dengan kandungan berunsur fitnah.


Ellie kecewa apabila Imran memperlekeh reputasi yang dibinanya lebih tiga dekad menerusi konten berkenaan.

Dalam kandungan video itu, Imran berseloroh seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie termasuk kononnya mempunyai kaitan dengan bahan terlarang.


Selepas Ellie mengadakan sidang media, Imran pula tampil memberi maklum balas menyatakan ibunya tidak boleh berjumpa pekon itu untuk memohon maaf kerana sedang menerima rawatan di hospital.

Namun, Ellie berkata dia tiada masalah untuk menyantuni wanita terbabit dengan berkunjung ke hospital.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 25-2-2025 09:56 PM
Teerrpaling uyaina ni. Sume benda nk masuk. Selain nama yg sedap didgr,xde yg special ku lihat pada koo
Quote mamakoya 25-2-2025 10:43 PM
kuat mencapup laa dia ni..semak plak tgk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.052384 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top