CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah start asah vokal, Syasya ex Dolla nak buat comeback menyanyi semula

25-2-2025 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36256| Komen: 86|Original author: Raline

tt.PNG


Hampir setahun berundur daripada kumpulan Dolla, bekas anggotanya Syasya Rizal seakan-akan memberi bayangan bakal kembali serius menyanyi.

Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, kini dilihat ligat menjalani latihan vokal dipercayai di bawah bimbingan seorang guru profesional.

“Mama Sya (panggilan diri sendiri) akan ke landasan asal semula ke?” tulisnya dalam ruangan kapsyen video pendek itu.


Menerusi video dikongsikan dalam TikTok, ibu muda anak satu itu mempertajamkan semula suara dengan teknik diajar guru yang tidak diperlihatkan wajahnya.

Sepenuh hati melontarkan vokal, sesekali kedengaran arahan serta bimbingan guru vokal yang memintanya fokus terhadap sesi latihan berikutnya.

Di ruangan komen, ramai netizen teruja biarpun perkara tersebut belum disahkan tuan punya badan yang ketika ini sibuk menguruskan keluarga dan bayinya.


Sebilangan lagi peminat yang mengikuti perjalanan karier nyanyian bersama Dolla pada 2019 memberi sokongan penuh andai Syasya ingin membuat kemunculan semula secara solo.

“Syasya debut solo?” tulis seorang pengikut laman sosialnya.

“Nak tengok Syasya menyanyi lagu genre Nusantara, irama Malaysia, pop tradisional dan Melayu asli,” ujar netizen lain.


Awal Mac 2024 Syasya membuat kejutan apabila mengumumkan undur diri daripada Dolla berikutan hal peribadi yang tidak dapat didedahkan.

Pada 20 April penyanyi terbabit mengesahkan dirinya sudah bernikah dengan rakan abangnya, Nasrullah Mohd Sapie, 24.

Pasangan terbabit dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan yang dilahirkan pada 23 Disember lalu.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 24-2-2025 09:27 PM
dollah solo versi muslimah kah
Quote jambatannetizen 24-2-2025 09:42 PM
Aku agak lg beberapa tahun je tahan
Quote nena9042 24-2-2025 09:43 PM
Aik apa jadi plan pindah obersea semua?
Quote Carcosa 24-2-2025 09:46 PM
Suara kau bukannya sedap ponnnn. Tiberrrrrrr nak nyanyi solo. Dulu masa dlm grup Pak Dollah, yg sedap suara si Tabby tu je kan? Si Sabdogol pandai rap. Si Angelah perasan Jennie tu pun taktau apa fungsi. Kau suara semput2 angsa, tiberrrrrrr nak nyanyi solo. Duit takde letteww. Tulahhh, kawen tah dgn mamat tah hapa2 tah. Suruh cari orka taknakkk. Ke... Edisi Casio Scientific Calculator?
Quote sharlenetexas 24-2-2025 09:46 PM
Tak jadi gi US?


Quote Hoola 24-2-2025 09:57 PM
Edited by Hoola at 24-2-2025 09:59 PM

eh eh eh
xsabar2 sgt nk kwin dulu kan
ko jg la laki nobita ko tu
ttiba dpt ank laju bkn main
so fokus fmly je la

-pesanan netijem
Quote hyie 24-2-2025 09:59 PM
maybe ada baki kontrak yang perlu dihabiskan kot? takkan nak join Dolla balik kan cameo boleh lah
Quote orkid_amani 24-2-2025 10:05 PM
Aiiikkkk tuhari kata nk follow husband p study overseas..dah beranak pun husband tak p sambung study lg ka? Ruuugiiii ja kawen dgn nobody masa tengah mendonia tuhari..dah la kawen tiba2..imej Muslimah terus haa.. lepas tu nk comeback jadi penyanyi nasyid ka?
Quote orkid_amani 24-2-2025 10:05 PM
Aiiikkkk tuhari kata nk follow husband p study overseas..dah beranak pun husband tak p sambung study lg ka? Ruuugiiii ja kawen dgn nobody masa tengah mendonia tuhari..dah la kawen tiba2..imej Muslimah terus haa.. lepas tu nk comeback jadi penyanyi nasyid ka?
Quote naina 24-2-2025 10:07 PM
Adoi mana boleh tahan muda2 nk downgrade life terus drastik. Dia asal pun seksi gila famous naik mencanak. Sedang kawan2 makin mendunia.
Quote kepompong 24-2-2025 10:25 PM
Bukak la tudung tu dulu kalau yer pon nak nyanyi
Quote CurangLagi 24-2-2025 10:28 PM
So Us is no no?
Quote azimodin 24-2-2025 10:30 PM
Lol kemain kata nak pergi oversea. Bila orang dah bau2 calculator casio, suruh merangkak pulak. Macam la kitorang ni x biasa dengan drama2 retis ni
Quote Manusiabesa 24-2-2025 10:40 PM
Muka mcm hanger baju....
Quote Peachlilac 24-2-2025 10:59 PM
toksah la nyanyi. suara dia tak sedap pon. i takleh move on lagi dari trauma terdengar dia cover lagu siti kot. pastu semput dgn suara pecah tu. boleh kot stay buat content tt je.
Quote Sesuatu… 24-2-2025 11:01 PM
Jd acikpor betul lagi ini kali
Quote DeLuna85 24-2-2025 11:04 PM
Lagu nasyid ka
Quote doubleA 24-2-2025 11:05 PM
Dollah ni tgk kt gv hauk je suara. Iols rasa de fam yg suara ok sikit kan?
Quote bambimo 24-2-2025 11:34 PM
Lahhhh pehtu
Further study overseas apa cer...
Tp ye la bukan dia yg ckp kan..nenek dia yg ckp...
Kalo aku pun..nk pening2 sambung belajar buat apa..baik dia jd content creators fans dia ramai akan support dia hahaha

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.207085 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top