CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bapa sindir cikgu dalam grup WhatsApp, tak puas hati anak ditegur datang lewat

25-2-2025 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32541| Komen: 4|Original author: Raline

gt.PNG


Memasuki minggu kedua sesi persekolahan bagi penggal baharu 2025, pelbagai kisah menarik dikongsikan di media sosial.

Lewat ke sekolah antara perkara yang biasa berlaku kepada mana-mana pelajar, namun ada ibu bapa terasa hati apabila anak mereka didenda atas kesalahan itu.

Seorang ibu berkongsi tangkap layar grup WhatsApp kelas anaknya, di mana seorang bapa mempersoalkan teguran guru atas kelewatan anaknya ke sekolah.

Lelaki itu menyatakan anaknya tidak harus dihukum kerana dia adalah punca kelewatan gara-gara terlajak tidur.

"Cikgu, nak tanya. Tadi saya terlewat jaga (daripada tidur), bukan minta tapi kadang terbabas. Tapi saya hantar juga mereka ke sekolah, jadi anak ditegur datang lewat.

"Cuma saya nak tanya... kalau terjadi lagi (lewat bangun), tak payah hantar anak ke sekolah. Macam tu ke?

"Anak pergi sekolah ibu bapa yang gerak bangun. Kalau ibu bapa terbabas kira tak payah hantar. Ponteng, macam tu ka?" soal lelaki itu.

Bagaimanapun menurut wanita yang berkongsi hal berkenaan, dia memahami sekiranya anak tersebut berada di tahun satu dan ibu bapa pertama kali berdepan situasi seperti itu.

"Kalau darjah satu, boleh juga faham mungkin ibu bapa tiada pengalaman lagi tetapi ini sekolah menengah.

"Memang ada masa kita terlewat tetapi bagaimana kita mengatasinya. Sepatutnya WhatsApp cikgu secara peribadi untuk maklumkan kelewatan dan minta maaf," katanya.

Warga maya berpandangan sebagai bapa, lelaki itu tidak seharusnya menulis sedemikian kerana ia seolah-olah meletakkan kesalahan berkenaan kepada guru.

"Sepatutnya awak kena minta maaf kat anak sebab sikap awak. Bukan awak nak menegakkan benang yang dah basah. Tolong matang bukan ikut emosi.

"Awak menunjukkan ketidakmatangan dalam grup yang semua ibu bapa memerhati sikap awak.

"Kalau dah jadi mak bapa tu, kena la jadi manusia bertanggungjawab. Tak kan nak suruh cikgu pula kejut? Logik ka?

"Cikgu tegur anak, bermaksud tegur ibu bapa. Minta maaf, dah selesai. Dia pula tanya seolah tak boleh terima anak ditegur," kata netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpene 24-2-2025 10:25 PM
sah2 ler subuh pun leboh.....kalau qada kira bertuah le....sendiri dah bg contoh x baik kat anak2....jenis x tau malu....
Quote Belibis 25-2-2025 01:24 PM
Dah beranak pinak pun masih terlajak tido??hp berjahit pun tak reti2 set alarm..[em:9:]
Quote prince_marhaen 25-2-2025 02:37 PM
anak dah sekolah menengah bulu jembut pun dah bersimpul masih harap mak bapak kejut jugak ke, mak pak pun sampai lajak bangun penat kongkek je ke...tak kerja ke.. semua benda nak cari silap ni, baik takyah hantar sekolah, kalau aku jadi cikgu memang aku makikan balik mak bapak jenis bodoh sombong macam ni..
Quote chikumanis 25-2-2025 05:01 PM
selalu mak pak yang rotan anak kalau liat nak bangun pagi, kali ni anak la pula libas mak pak yang liat bangun pagi..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.081578 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top