CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami tak guna langgan p*lacur, hilang selera tengok isteri hamil

25-2-2025 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31463| Komen: 2|Original author: Raline

uk.PNG


Bagi sesetengah pasangan, kehamilan adalah berita gembira yang paling ditunggu-tunggu selepas sah bergelar suami isteri.

Namun demikian, penerimaan setiap pasangan atau bakal ibu terhadap kehadiran ahli keluarga baharu mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini, pengalamannya ketika hamil menghadirkan ujian yang amat berat lantaran dikejutkan dengan kecurangan suaminya.

"Saya dan suami sudah tujuh tahun berkahwin, sekarang saya tengah pregnant enam bulan, anak kedua.

"Baru dapat tahu suami 'makan luar'. Selama ni setiap kali gaduh dia akan cari dan contact sahaja c*ll girl untuk bertanya pasal harga.

"Tapi kali ni dia betul-betul melakukannya... kali ini dia langgan," tulisnya dalam satu hantaran di sebuah laman grup Facebook.

Wanita berkenaan mendedahkan, sudah dua kali berturut-turut suaminya buat perangai sehingga mengabaikan nafkah batin dengan alasan tidak bernafsu terhadap wanita hamil.

"Dulu masa pregnant anak pertama pun dia tak sentuh saya bila perut dah nampak," kongsinya lagi.

Meskipun suaminya tidak pernah culas memberi nafkah setiap bulan, namun wanita tersebut berkata dia sejujurnya tidak sanggup bertahan untuk seorang lelaki yang tergamak melanggan wanita lain demi memuaskan nafsu.  

"Apa patut saya buat? Patutkah saya mengamuk atau tunggu lepas baby lahir baru minta cerai? Atau bertahan demi anak-anak?

"Tolong, saya betul-betul buntu. By the way, saya ada kerjaya sendiri dan bukan housewife," ujarnya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang simpati warga maya, namun rata-ratanya menyarankan supaya wanita berkenaan 'angkat kaki' dan mencari bahagia sendiri, di samping mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi di kemudian hari.

"Ada kerjaya sendiri kan? Gerak je kak. Bukan nak sokong penceraian, tapi dah nampak laki akak tu tak guna. Dia boleh anggap zina tu perkara biasa ya?

"Tak ada alasan yang boleh diterima otak apabila kata tak ada selera dekat bini sedang pregnant. Dah tentu-tentu hukumnya haram.

"Dah main langgan-langgan ni risiko tinggi bawa penyakit. Sayang diri sendiri dulu sis. Tak ada istilah bertahan sebab anak kalau suami langgan p*lacur okay.

"Pergi check kesihatan dulu sis, lepas tu minta guide daripada peguam atau dekat mahkamah apa perlu buat kalau nak cerai," demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 25-2-2025 12:12 PM
fikir yg terbaik untuk kau kak
Quote prince_marhaen 25-2-2025 02:42 PM
tak kuasa nak nasihat, pandai2 kau lah....dah sebelum kantoi kongkek pelacur tu takkan lah dia "cari" contact number SAHAJA kan... lepas tu kau pun bebal sangat tak reti2 nak berambus, hujung-hujung nasihat jap lagi hadap jugak ciknek jantan tu kan??? haha

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.034522 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top