CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki ditembak ketika memancing, lemas selepas jatuh dalam terusan

24-2-2025 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6575| Komen: 1|Original author: Raline

Seorang lelaki berusia 31 tahun maut ditembak ketika sedang memancing bersama rakan-rakannya di luar sebuah rumah, dalam kejadian yang berlaku awal pagi Ahad (23 Februari).

Sebelum kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Ball dan rakan-rakannya dihampiri dua lelaki bersenjata yang menaiki motosikal, kata polis.

Selepas bertanyakan nama, dua lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan yang mengenai dada mangsa, menyebabkannya terjatuh dalam terusan dan lemas.

r.PNG


Penyerang kemudiannya kembali dan melepaskan tiga lagi das tembakan ke arah rumah yang menjadi lokasi rakan-rakan mangsa bersembunyi, sebelum melarikan diri.

Insiden berlaku sekitar pukul 3.00 pagi di wilayah Ang Thong, Thailand.

Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa di dalam terusan selepas 10 minit pencarian dilakukan.

Salah seorang rakan mangsa berkata, dia percaya kejadian berkenaan ada kaitan dengan konflik yang tercetus antara mangsa dan suspek.

Polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dengan kejadian berkenaan dan kini sedang giat memburu kedua-duanya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 24-2-2025 01:05 PM
Aku ingat kat mesia td

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.076962 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top