CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana mahu letak kereta? Saman sudah ‘berkepuk’

23-2-2025 09:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22292| Komen: 33|Original author: FOTHER-MUCKER



“Beli santan sekotak saja. Harga tak sampai RM6. Keluar-keluar, dekat kereta sudah ada saman, RM50. Tak berbaloi langsung.

“Hendak parking mana? Semua penuh. Tempat letak kereta tak banyak. Letaklah kejap di tepi jalan. Laju saja penguat kuasa buat kerja walhal masuk pasar raya itu tidak sampai pun 10 minit,” cerita seorang kawan dalam grup WhatsApp.

Tambahnya, yang memburukkan lagi keadaan terdapat kereta rosak atau buruk diletakkan di kawasan parkir di situ, dengan kertas saman ‘berkepuk’ di cermin depan kereta berkenaan.
Sudahlah parkir terhad, dijadikan pula transit pelupusan kereta buruk pula.

Realitinya di Kuala Lumpur ini, memang susah mencari tempat letak kereta. Buatlah aplikasi apa pun dan meminta orang ramai memuat turunnya, kalau tidak banyak kawasan parkir, akhirnya pengguna tetap menghadap kertas saman juga.


Bukan sahaja di Kuala Lumpur, di sekitar Lembah Klang juga begitu terutamanya di Petaling Jaya dan Subang.

Itu belum masuk cerita perangai menunggu orang yang hendak keluar dari tempat parkir. Siap berborak atau melayan telefon dulu, baru terkial-kial keluar sedangkan dia nampak ada kereta menunggu untuk masuk dan di belakang kereta yang menunggu itu pula bersusun kereta lain mahu jalan.

Kalau hendak pergi ke hospital pula, peritnya mencari tempat parkir lagilah berganda. Lebih baik guna khidmat e-hailing atau jika bukan kecemasan, naik pengangkutan awam saja.
Entah bila masalah parkir di hospital kerajaan dan swasta ini boleh selesai. Yang sakit bertambah sakit. Bila sudah masuk ke hospital kena menunggu lama pula untuk rawatan.

Jadi, berapa keping kertas saman warga kota atau orang yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang kumpul untuk setiap bulan? Berapa pula peruntukan gaji sebulan untuk membayar parkir dan saman?

Kadar kompaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).

Bagi kategori kereta, kompaun sebanyak RM50 dikenakan bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM80 (16 hingga 30 hari) dan RM100 (31 hingga 60 hari) manakala kenderaan berat, kadar kompaun adalah sebanyak RM200 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari. RM250 bagi tempoh 16 hingga 30 hari dan RM300 bagi tempoh 31 hingga 60 hari.

Ada yang sudah dipanggil ke mahkamah dan membayar saman itu tetapi tetap mengulangi kesalahan yang sama. Bukan sebab degil atau saja-saja mahu langgar undang-undang lalu lintas.

Sebabnya, tiada ruang yang banyak untuk parkir ‘halal’ di sekeliling. Kalau ada pun, harganya mahal macam meletak kenderaan di hotel. Ada yang mencecah RM20 sepanjang masa bekerja.

Mengapa harga parkir dalam bangunan semakin mahal? Dan parkir terbuka pun begitu juga. Sedangkan suasana dalam parkir itu ada yang agak menyeramkan, sunyi, gelap, tidak diselenggara dengan baik dan tiada pengawal keselamatan.

Ada juga pusat beli-belah yang ‘lengang’ tetapi sekali masuk saja, kadar letak kenderaannya RM10. Macam mana orang ramai mahu berkunjung ke situ, jika harga letak kenderaan mahal.

Dalam pada itu, bangunan komersial pejabat yang juga kekurangan parkir dan kadar letak kenderaan berharga ‘kayangan’ yang menyebabkan pekerja-pekerja terpaksa mencari tempat letak kereta berjam-jam lamanya dan ada yang subuh-subuh lagi sudah keluar untuk berebut tempat letak kenderaan.

Yang letak kereta pada kawasan larangan pula akan berlari-berlari mengalihkan kereta apabila mendapat ‘Info’ bahawa ada penguat kuasa PBT sedang meronda. Kesimpulannya, tak senang duduklah dan tak tenang ketika bekerja.

Ini adalah masalah biasa yang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Lembah Klang yang seperti tiada jalan selesai. Hadap sajalah.

Janganlah pihak berkuasa atau menteri sekadar beri nasihat atau saranan naik kenderaan awamlah pergi kerja. Itu sajakah jalan selesai? Orang ramai beli kereta untuk kemudahan urusan harian bukan letak saja di rumah.

Dalam pada itu di kondominium, pangsapuri atau flat, penghuni juga menghadapi masalah sama. Terpaksa letak kereta di bahu-bahu jalan dan double parking. Lihat saja di Tasik Permaisuri dan Taman Melati. Di kondominium sekitar Sungai Besi juga begitu. Kenderaan diletakkan di bahu-bahu jalan besar sehingga mengganggu kenderaan lain keluar masuk.

Ada pemaju yang hanya menyediakan satu unit parkir saja untuk penghuni. Boleh sewa di tempat letak kereta komersial tapi harganya antara RM300 hingga RM400 sebulan. Penghuni pula ada lebih daripada satu atau dua kenderaan.

Sepatutnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memantau keadaan ini. Saya fikir tentulah penghuni tidak saja-saja mahu merisikokan kenderaan mereka untuk dilanggar atau disaman. Ada pemaju hartanah semasa menjual rumah menjanjikan macam-macam tetapi apabila rumah sudah siap dan kunci sudah diserahkan, penghuni terpaksa bayar dengan harga lebih tinggi lagi untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat letak kereta tambahan.

Masalah parkir di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang bukan isu baru. Sudah berzaman. Yang pastinya, kita tidak boleh menahan orang ramai untuk membeli kenderaan, ini adalah keperluan asas bukan lagi barangan mewah.

Pihak PBT perlu ada perancangan strategik untuk kemudahan letak kereta di setiap kawasan yang hendak dibangunkan terutamanya di tempat tumpuan awam termasuk di jabatan kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Imigresen.

Kerjasama dengan pihak pemaju hartanah dalam menyediakan kemudahan ini haruslah ditekankan selain mengawal kadar letak kereta yang tidak masuk akal.

Menyaman saja dan mengharapkan kesedaran dan datangnya keinsafan pengguna jalan raya, ia tidak betul-betul menyelesaikan masalah kekurangan parkir. Kertas saman sudah berkepuk, kereta hendak letak di mana lagi? 

Sumber – MINGGUAN MALAYSIA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 23-2-2025 09:03 PM
Takda tempat parking bukan alasan untuk korang double park atau parking kat bahu jalan atau tempat yang tak boleh parkir.nak senang jangan sampai menyusahkan orang lain, buat orang marah.setiap perbuatan kita ada akibatnya. Senang kat dunia tapi tak takut ke susah kat akhirat?Jimat kat dunia tapi sengsara kat akhirat tak ada gunanya.
Quote Mary_jane 23-2-2025 09:16 PM
Bagus artikel ni. Itu lah hakikat nya hidup di bandar. Kereta makin lama makin banyak. Parking space tetap lah sekangkang kera.
Quote Samerosie 23-2-2025 09:16 PM
Entah2 kena saman sbb x byr parking bukan sbb park merata.  
Quote ultra78 23-2-2025 09:27 PM
Kawasan padat penduduk. Setiap orang beli kereta. Parking ni umpama highway. Kau tambah tapi suatu hari ia akan penuh juga. Tak akan habis. Jika sekarang satu rumah 1 biji kereta, nanti satu rumah 5 biji kereta. Tambah dengan kereta buruk tersadai lagi. Rakyat Malaysia ni suka beli kereta.

Benda pertama yang PBT boleh buat adalah dengan angkut kereta tersadai tu ke tempat pelupusan. Sepatutnya seminggu aje tampal notis dan kalau tiada tindakan terus lupuskan.Kena bertegas kepada pemilik yang tak bertanggungjawab
Quote emera 23-2-2025 09:42 PM
Gomen laa bangang. Berlambak2 kereta dijual. Public transport takde/tak cukup. Kalau ada, byk masalah… x punctual, penuh dgn pendtg, rosak, x masuk kawasan perumahan, driver kurang hajor, lama nk tunggu… ada yg sejam sekali baru ada , tu pun x tentu sampainya… contoh mcm sedara aku dr presint 11 nk pegi keje presint 8.. dekat je kan??? Ada bas, tp x puntual… kena connecting bus kat mana tah.. aku lupa dia cerita.. last2 bas dh x lalu kawasan dia… giler bangang… naik grab, RM16 one way…
Quote green~tea 23-2-2025 09:48 PM
Allahu.. semoga dipermudah urusan mereka....
Quote MissVixen 23-2-2025 09:50 PM
Orang perbaiki public transport bukan sibuk nak bela nasib proton dan buat kereta terbang. Kalau public transport kita menyeluruh, ikut masa ramai je pilih pengangkutan awam. Tak payah tengok jauh, singapura je dah boleh jadi contoh.
Lagi satu loan kereta pun senang sangat lulus. Kapcai pun pakai loan.
Quote ninja boy 23-2-2025 09:52 PM
Gomen ngok town planning teruk, lagi bagus singapore perumahan sekitar public transport ja kereta xde x mengapa
Quote ninja boy 24-2-2025 12:36 AM
Untunglah wargasing, hostel free, jalan 10 meter sudah sampai tempat kerja, api air free, gaji 3000 pakai hanya 300-500 jah, berbanding org malaysia gaji 3000, 1500-3000 pakai utk toll parking hutang bank rumah utility petrol
Quote TOPwind 24-2-2025 02:55 AM
ninja boy replied at 24-2-2025 12:36 AM
Untunglah wargasing, hostel free, jalan 10 meter sudah sampai tempat kerja, api air free, gaji 3000  ...

Betul tu
tapi ramai kesian kat warga asing

walaupun kerja asik tengok Hpong dan satu kerja buat 3 orang

Quote PULANGKAN 24-2-2025 04:39 AM
ninja boy replied at 24-2-2025 12:36 AM
Untunglah wargasing, hostel free, jalan 10 meter sudah sampai tempat kerja, api air free, gaji 3000  ...

staff aku dulu, kalau besok offday, malam tu habis tunggang-langgang mabukkalau baru dapat gaji, tudia, beli arak premium kat mall
tak dapat bayang hostel diorang camane
Quote ipes2 24-2-2025 05:11 AM
laaa parking macam gitu macam mana orang nak keluar.. diri sendiri pon tak boleh nak keluar

patut banyakkan mini buses.. nanti tak lah ramai sangat org bawak kereta ke city centres
Quote nisako 24-2-2025 08:46 AM
hmm mmmm kereta makin banyak
Quote vanilacup 24-2-2025 09:28 AM
Bila masuk kawasan yg x ada parking memang menguji segala perasaan huuh...
Itu yg ustaz ada bagi doa dibaca utk dipermudahkan dpt parking..
Kalau tanya saya masa tu taklah fokus nak baca sbb otak ni dah x tentu hala fikir ada tak nasib bertuah aku nak dpt parking ..
Quote SalenaGomez 24-2-2025 09:38 AM
Mary_jane replied at 23-2-2025 09:16 PM
Bagus artikel ni. Itu lah hakikat nya hidup di bandar. Kereta makin lama makin banyak. Parking space ...

Duduk bandar besar mcm KL, penang ka, mmg kena handle stress level betul2 …berapa byk stress nak kena hadap dlm 1 hari agaknya. duduk dlm keta pegi balik keje stress jam teruk, duduk kat office stress keje, sampai rumah stress parking, masuk rumah stress rumah kecik, jiran bising stress rumah x aman. Tu belum campur stress dgn family, stress x cukup duit
Quote chikumanis 24-2-2025 09:55 AM
jangan kan flat, kondo atau apartment, landed house pun sama. banglo pun ada juga. bulan ni tengok jiran depan sana ada 2biji kereta, tup2, keluar yg no3..lepas tu eehh...ada pula keta no4. jadi kereta no 1&2 ni parking meraban merata kat depan rumah orang, lorong2 kecil antara rumah sampai jadi tukun. yang duduk dalam rumah tu tak ramai, laki bini je. anak2 pergi kerja naik motor..
Quote mizruncing 24-2-2025 10:02 AM
bab saman paring ni teringat kena saman masa pegi langkawi ari tu. hotel tepi jalan tp takde parking. apooo nak parking mane dgn hotel padat area cenang tu. sudahnya  park tepi jalan kena saman sedangkan tak kacau lalulintas langsung. ntah laa nak bercuti pon tak tenang kekadang
Quote batmana 24-2-2025 10:15 AM
patut nya kereta yang masuk KL ni wajib berharga rm500ribu keatas, yg bawah tu banned masuk. naik basikal moto aja

barula tak jem/kosongla smua parking

sekian..
Quote plywood 24-2-2025 10:23 AM
kerajaan kena buat bangunan parking kereta yang besar.

dan wajibkan setiap supermarket wajib buat bangunan parking kereta. semua tanah buat bangunan tapi parking tak ada... lawaknya perancang bandar.

.. masalah ini akan bertambah buruk bila ramai orang. klu tak cuba kurangkan sekarang, kl akan jadi tempat yang susah untuk dihuni dan akan ada cadangan untuk pindahkan ibu kota...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.076595 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top