IBU kepada selebriti popular Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed berkongsi detik sukar apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap satu selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan perubatan. Menurut Noor Kartini, sebelum ini berita mengenai diagnosis itu hanya diketahui keluarga terdekat dan ia merupakan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya. “Pada 17 hari bulan, saya dapat laporan perlu menjalani biopsi kerana hasil mammogram tidak begitu baik.
"Tiga hari kemudian, doktor menghubungi dan memaklumkan keputusan biopsi menunjukkan saya menghidap kanser payu dara tahap satu,” katanya dalam satu rancangan temubual. Tambah beliau, khabar tersebut amat mengejutkan bukan sahaja buat dirinya, malah turut memberi kesan mendalam kepada suami dan anak-anak. “Anak-anak menangis dan suami juga mengalami kesukaran untuk tidur. "Kami fikir mungkin hanya ketulan biasa atau cyst, langsung tidak terfikir tentang kanser," ujarnya. Ujar Noor Kartini, beliau mengambil masa beberapa hari untuk menerima kenyataan. “Saya sendiri bingung seketika, sukar mempercayai perkara ini berlaku.Namun, saya percaya apa sahaja boleh terjadi dengan kehendak ALLAH SWT," ujarnya. Sumber : Sinar Harian |
bintangct replied at 23-2-2025 07:55 AM
artis bila berbicara susah nk pecaya
ada ke kanser tahap 1?
bintangct replied at 23-2-2025 07:55 AM
artis bila berbicara susah nk pecaya
ada ke kanser tahap 1?
dudaberhias replied at 23-2-2025 08:18 AM
terima sebagai anugerah? so kita kena doakan supaya stage 4 ke nyah supaya dapat banyak lagi anugera ...
Incanto replied at 23-2-2025 08:20 AM
mamasab doa sambil korek lubang kambus kek tak laku
ke lipstik yg tak laku?
aemon replied at 23-2-2025 07:39 AM
Wake up call.sempat lagi nak berubah jadi lebih baik
bintangct replied at 23-2-2025 07:55 AM
artis bila berbicara susah nk pecaya
ada ke kanser tahap 1?
Incanto replied at 23-2-2025 08:09 AM
ada kanser tahap satu
maknanya tumor cuma ada di tisu payudara dan belum merebak
ADVERTISEMENT