CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidap kanser- Didie Alias rai hari jadi anak Amyza Aznan di wad hospital

23-2-2025 09:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6631| Komen: 12|Original author: Raline

ad.PNG


Sebagai seorang sahabat dan ibu, pelakon Didie Alias sangat memahami apa sedang dirasai rakan artis iaitu Amyza Aznan yang sedang berdepan ujian anak lelakinya disahkan menghidap kanser paru-paru.

Didie atau Nur Fadzilah Ali, 54, berkata, walaupun sibuk namun dia tetap mencari peluang bertemu Amyza bagi memberi semangat walaupun ujian dilalui berat untuk diterima.

“Sempat Mummy (panggilan Didie) luangkan masa walaupun sekejap dengan Amyza.

Didie memberikan semangat buat sahabatnya, Amyza.


“Bagi semangat dekat Amyza, bagi dia sedikit senyuman walaupun berat dugaan dihadapi.

“Sama-sama kita doakan buat sahabat Mummy ya,” katanya.

Didie berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.


Dalam pada itu, tidak hanya menceriakan Amyza, Didie turut mengambil kesempatan meraikan ulang tahun Andre Mikail ke-19 sewaktu melawatnya di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Didie dan Amyza turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat Andre yang turut mengalirkan air mata kerana terharu dengan kejutan tersebut.

“Sebenarnya berat hati nak muat naik video ini tapi hari ini (Sabtu) hari istimewa buat Andre anak kepada sahabat mummy.

“Hari ini (Sabtu) hari ulang tahun Andre yang ke-19, mummy doakan Andre terus kuat ya sayang.

“Mummy mohon doa dari semua yang baca ini doakan buat Andre semoga ada keajaiban buat Andre. Semoga cepat sembuh," ujarnya.

Amyza sebelum ini memaklumkan anaknya menghidap kanser paru-paru.


Pada 15 Februari lalu, Amyza, 47, berkongsi khabar duka Andre yang merupakan anak sulungnya disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anaknya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

Remaja itu kini sudah pun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-2-2025 04:29 PM
Kesian tengok video. Anak heshe dulu suka merokok atau terdedah pada persekitaran yang tak bersih ke?
Quote mrsLucky 23-2-2025 05:09 PM
so sad..semoga tabah dan diberikan kesembuhan untuk anak  Amyza
Quote doubleA 23-2-2025 09:56 PM
Turut simpati. Ujian utk dorang. Semoga tabah
Quote kuzaime 23-2-2025 10:34 PM
Hal paling meluluhkan hati mak bila anak sakit, lebih2 lagi sakit yg agak teruk@teruk Semoga Allah kurniakan kesembuhan utk anak amyza
Quote bpbbppbp 23-2-2025 11:15 PM
Moga dik cepat sembuh
Quote anggeriklatifah 23-2-2025 11:28 PM
Iols tgok tiktok tadi..tk tau npe iols menangis..
Quote fattymah 24-2-2025 12:38 AM
Iols pun meleleh gak aimata.. moga diberikan kesembuhan
Quote shida81 24-2-2025 05:51 AM
Baya ank ak.. Sedihnya ak rase..
Quote A-Are 24-2-2025 08:03 AM
Sedihnya...semoga diangkat tuhan sakit nya, diberi kesembuhan olehNya
Quote sideqsegaraga 24-2-2025 08:12 AM
Semoga Andre Mikhail diberikan kesembuhan dari penyakitnya. Semoga ahli keluarga juga kuat dan tabah menghadapi ujian ALLAH. InsyaAllah, ada keajaiban dan teruskan berdoa.
Quote talapia 24-2-2025 10:47 AM
Sedih sangat tengok video tu... Sebagai ibu kita tak keruan bila anak sakit.. kanser pulak tu..

kesian kat anak tu.. seorang remaja yang jalani hidup macam remaja lain, tiba2 diuji sakit berat mcm tu.. semoga Allah kurniakan kesembuhan buatmu Andre Mikael. Amin..

Taktau camne bole jadi punca kanser paru2 ni... biasa dapat lelaki yang kuat merokok. Arwah pak mertua kanser paru2.. bila dapat tau dah stage 4.. symptom sesak nafas batuk2 berlarutan tak baik2..

semoga Andre Mikael sembuh... berjaya  segala treatment yang doktor usahakan. Amin..
Quote kucingitam 24-2-2025 11:37 AM
sedih tengok..adekah anak dia vaper? atau terdedah dgn asap rokok dr org keliling?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.049836 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top