CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai nak masuk MRSM, calon tolak berkurangan – Asyraf Wajdi

21-2-2025 11:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10559| Komen: 39|Original author: Raline


Untitled-design-2025-02-20T152834.283.png


KUALA LUMPUR – Trend kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini amat menggalakkan apabila hampir semua tempat yang ditawarkan telah diisi.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi berkata, berbanding tahun sebelum ini, hampir 40 peratus pelajar menolak tawaran ke institusi pendidikan di bawah Mara tersebut.

Katanya, tahun ini seramai 104,000 pelajar memohon untuk memasuki MRSM dan 22,400 orang telah lulus ujian Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.

“Manakala tempat yang kita tawarkan pula hanya 8,909. Setakat semalam saya tengok setiap MRSM itu sikit sahaja yang tak hadir (mendaftar).

“Umpamanya sewaktu saya pergi ke MRSM Sungai Besar semalam, tak sampai 20 orang pun yang tidak hadir. Maksudnya ramai nak masuk.

“Kalau dulu biasanya bila kita tawarkan 30 hingga 40 peratus itu akan tolak dan kita dapat isi dengan mereka (calon) yang menanti,” katanya pada sidang akhbar semasa Majlis Makan Tengahari Media Bersama Pengerusi Mara di sini hari ini.

Ditanya mengenai kuota bukan bumiputera ke MRSM, beliau berkata, kuota 10 peratus yang diperuntukkan itu tidak pernah dimansuhkan.

Bagaimanapun katanya, penyertaan bukan bumiputera ke institusi berkenaan tidak mencapai kuota tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Jika dilihat trend tiga atau empat tahun lepas, jumlahnya (kemasukan pelajar bukan bumiputera) tidak sampai satu peratus, untuk tahun ini saya belum mendapat laporan kerana pendaftarannya baharu sahaja bermula semalam.

“Bagi saya, kita mengalu-alukan (pelajar bukan bumiputera ke MRSM) sebab kita tak pernah memansuhkan kota tersebut. Kita masih mengekalkannya kerana ada baiknya juga untuk proses interaksi dan integrasi itu berlaku dengan mereka (bukan bumiputera),”ujarnya.

Sumber:  – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Myhappyending 22-2-2025 01:18 PM
Apa ya kelebihan masuk asrama form 1 ni. Mgkn lebih baik sbb ada sekatan telefon dan pelajar2 mgkn lebih smart jadi persekitaran tu membantu pelajar lah kot ye?
Quote jejarihalus 22-2-2025 03:34 PM
Sekrg ni sek harian lagi cemerlang..
Quote belilies 22-2-2025 03:51 PM
Myhappyending replied at 22-2-2025 01:18 PM
Apa ya kelebihan masuk asrama form 1 ni. Mgkn lebih baik sbb ada sekatan telefon dan pelajar2 mgkn l ...

Budak jadi lebih berdisiplin, guru2 pun lebih berkelayakan, lebih berfokus. Masuk skolah biasa, pentadbir pun kdg assign cikgu yg bukan opsyen ngajar sampai kdg2 tak ajar betul2. Nak bljr mcm budak mrsm masuk kelas krk/dlp pun kdg kualiti budak tu tak bagus pun dr f1, kalau parents degil nak masukkan budak dlm kelas krk
Quote Apoo 22-2-2025 05:29 PM
Myhappyending replied at 22-2-2025 01:18 PM
Apa ya kelebihan masuk asrama form 1 ni. Mgkn lebih baik sbb ada sekatan telefon dan pelajar2 mgkn l ...

Untuk keluarga miskin, msrm & sbp mampu menyediakan suasana pembelajaran yg kondusif. Tak payah kelam kabut nak kena jaga adik2, boleh fokus time belajar etc.

Utk keluarga berkemampuan pula, kehidupan di asrama ni boleh mendisiplinkan mereka. Belajar basuh kain baju sendiri, kemas katil cadar, beratur time mkn, hormat senior, x habiskan masa dgn gajet & online etc. Benda2 ni mmg boleh diajar juga dirumah. Tp kadang2 parent x dak masa nak monitor.

My two cents
Quote hashashes 22-2-2025 06:02 PM
belilies replied at 22-2-2025 03:51 PM
Budak jadi lebih berdisiplin, guru2 pun lebih berkelayakan, lebih berfokus. Masuk skolah biasa, pe ...

Krk kat Selangor ada tak chuols?
Quote makita 22-2-2025 06:20 PM
jejarihalus replied at 22-2-2025 03:34 PM
Sekrg ni sek harian lagi cemerlang..

Ada sek harian yg cemerlang result spm level sbp. Murid2 yg masuk tu 100% under KSN ie kelas seliaan negeri. Siap ada swimming pool lagi.
Quote Tinot7 22-2-2025 06:40 PM
makita replied at 22-2-2025 06:20 PM
Ada sek harian yg cemerlang result spm level sbp. Murid2 yg masuk tu 100% under KSN ie kelas selia ...

Skolah mana ada siminpul ni?
Quote makita 22-2-2025 06:59 PM
Tinot7 replied at 22-2-2025 06:40 PM
Skolah mana ada siminpul ni?

Smk Kgv Seremban. Sejak 90an dah da dah.
Quote Tinot7 22-2-2025 07:00 PM
makita replied at 22-2-2025 06:59 PM
Smk Kgv Seremban. Sejak 90an dah da dah.

Taktau pulak ada skolah bersiminpul..
Quote makita 22-2-2025 07:22 PM
Tinot7 replied at 22-2-2025 07:00 PM
Taktau pulak ada skolah bersiminpul..

Meols duk igt selama ni mrsm n sbp ada swimpul hahaha
Quote Tinot7 22-2-2025 07:54 PM
makita replied at 22-2-2025 07:22 PM
Meols duk igt selama ni mrsm n sbp ada swimpul hahaha

Hahahah.. kalau mrsm ada siminpul, iols dah register dari tingkatan 1.. hahahah
Quote belilies 22-2-2025 10:11 PM
hashashes replied at 22-2-2025 06:02 PM
Krk kat Selangor ada tak chuols?

Setiap negeri ada je krk tu. cuma dlm daerah tu tak pasti semua ada, boleh tanya kat skolah. Tapi jangan tanya iols kat mana ada, iols definitely bukan kat selangor.
Quote cmf_premierleag 23-2-2025 12:01 PM
Yg beriya nk campak anak masuk asrama ni lebih pd parents yg dah kawen baru
Depa rasa si anak tu menyibuk jah, campak je masuk asrama
Ramai je bdk2 dr broken family ni kat asrama..sbb bapak tiri atau mak tiri meluat n malas nk layan anak tiri
Quote Decaffeinated 23-2-2025 12:38 PM
Ramai nak masuk tu diukur dari jumlah permohonan. Calon yang 'tolak' lepas dapat offer tu is something else.

Mudah macam tu ja dia buat conclusion?
Quote SPACE COP GABAN 23-2-2025 03:02 PM
bukan ke kls krk ni telah dimansuhkan zaman menteri kasut hitam ke sbb tak nak ada perbezaan murid. Start zaman dia la murid bercampur dlm 1 kls takde streaming smpai cikgu2 pun pening nak mengajar.
Quote tukul 23-2-2025 05:12 PM
SPACE COP GABAN replied at 23-2-2025 03:02 PM
bukan ke kls krk ni telah dimansuhkan zaman menteri kasut hitam ke sbb tak nak ada perbezaan murid.  ...

Krk ni apa eh..dlp tu tau ler
Quote mrseller 23-2-2025 06:19 PM
Sek sek cina takyah asrama penuh krk bagai, cemrlang dari azali.
Quote seri_mawr 24-2-2025 09:33 AM
tukul replied at 23-2-2025 05:12 PM
Krk ni apa eh..dlp tu tau ler

kelas rancangan khas.kelas budak2 pandai yang x dapat or tak nak masuk SBP or MRSM..

ni zaman iouls la... -90-an....UPSR 4a...5a..duk dlm kelas ni...
klu bangang or suam2 kuku x layak....

zaman la x tahu la....mcm mna kriteria KRK..
Quote bakawali_04 24-2-2025 12:53 PM
SPACE COP GABAN replied at 23-2-2025 03:02 PM
bukan ke kls krk ni telah dimansuhkan zaman menteri kasut hitam ke sbb tak nak ada perbezaan murid.  ...

itulah
pikir jugak
ada lagi ke KRK
kalau KAA yes
itu masih ada
cuma lastely dgr
bnyk juga sekolah dah ada DLP
SEKHAR kat umah nie pun dah ada
cuma ada saringan la
but its ok la
still dah ada

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.152173 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top