CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nurul Izzah terinspirasi dengan pengalaman

21-2-2025 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8994| Komen: 4|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-02-20-at-2.18.23-PM.jpeg



PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, beliau berpeluang menerajui beberapa kajian utama ketika menjadi pengerusi baharu Social & Economic Research Initiative (SERI).

Jelasnya, antara kajian itu ‘Malaysia Women in Workforce: Charting a Path to Inclusive Employment serta kajian Perspektif Belia Malaysia Terhadap Kecerdasan Buatan (AI)

Menurut beliau, terinspirasi oleh pengalaman tersebut maka beliau kini meneruskan langkah bersama sebuah badan pemikir baharu dikenali sebagai Polity.

“Polity menjalankan penyelidikan berasaskan bukti, memberi saranan dasar yang inklusif serta melaksanakan program intervensi di lapangan khususnya bagi golongan wanita dan belia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Nurul Izzah berkata, dengan kewujudan badan-badan pemikir, lebih ramai pihak khususnya daripada penyelidik, masyarakat sivil hingga pembuat dasar dapat terlibat dalam penyelidikan sebenar.

Ujar beliau, ia bagi memastikan dasar dilaksanakan bukan sahaja berasaskan data dan kajian di lapangan, tetapi inklusif dan berpandangan jauh demi kesejahteraan rakyat.

“Insya-Allah, kini saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada agenda bersama Polity. Semoga usaha setiap badan pemikir di Malaysia terus membawa manfaat buat masyarakat dan negara,” katanya.

Sumber:  – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrseller 22-2-2025 07:31 PM
baik ko tulis mcm mana nak duduk kerajaan pakai kabel .kikikiki
Quote tungkai 22-2-2025 08:00 PM
Guna yg existing oragnization tak boleh ke? Kenapa create additional resources?
Quote ctaz 22-2-2025 09:08 PM
uhuk...uhuk....kaki kencing....uhuk2....uhuk
Quote TOPwind 23-2-2025 07:12 AM
anak dia ni

berbangsa cina

tak tau status Bumiputra ke tak

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.034539 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top