Erra berkata, selagi belum ada perkembangan ke arah fasa seterusnya dirinya lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka walaupun sering berkongsi kehidupannya dalam media sosial. "Bab itu saya tak berani nak komen. Kadang-kadang lain yang kita rancang, lain pula yang jadi. Jadi, lebih baik tunggu dan lihat dahulu. "Saya cuma mohon doa-doa yang baik sahaja. Tapi, bila ramai yang beri kata-kata positif, Allahuakbar, memang buat saya rasa terharu. "Saya sedar, pada usia sekarang, rasa macam malu sendiri bila orang bercakap soal jodoh dan cinta saya. "Zaman itu sudah berlalu. Sekarang, saya lebih memilih untuk tenang sahaja. Tapi, tak sangka ramai juga yang sama-sama mendoakan kebahagiaan saya," katanya.
|
dudaberhias replied at 21-2-2025 12:29 PM
semoga ke jinjang pelamin ratu hidung eh ratu cantik...
tak payah cerita sangat hubungan pun takpe s ...
Purplehaz replied at 22-2-2025 03:35 PM
Janda Duda ni biar Kenal hati budi tu lama sikit..5-6 tahun berkwn dulu,
andai serasi jodoh kuat .. ...
ADVERTISEMENT