CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada kejadian pesawat Air Asia tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK)

21-2-2025 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9437| Komen: 1

Tiada kejadian pesawat Air Asia tergelincir di LTAK



KUCHING – Berita tular memaparkan sebuah pesawat Air Asia tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di Facebook didapati tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, perkara itu disahkan Pengurus Besar Malaysia Airport Berhad (MAB) Kuching hari ini.

“Pada pukul 3.09 petang hari ini, tular di Facebook berkenaan berita pesawat Air Asia tergelincir di LTAK.

“Pada pukul 3.12 petang, saya berhubung dengan Pengurus Besar MAB Kuching dan mendapat pengesahan bahawa tiada sebarang pesawat tergelincir di LTAK,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak sahih kerana ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 


Sumber:  – KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.414490 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top