YAREN – Negara kepulauan Pasifik, Nauru menawarkan kewarganegaraan pada harga sekurang-kurangnya AS$140,500 (RM622,472) dengan menawarkan pemenang pasport kemasukan bebas visa ke beberapa rantau seperti Singapura, Hong Kong dan United Kingdom, tanpa perlu menetap di Nauru. Laman berita VNExpress melaporkan Presiden David Adeang sebagai berkata, penjualan kewarganegaraan itu bagi membiayai kos penempatan semula rakyat Nauru yang berjumlah 10,000 orang susulan ancaman berkaitan perubahan iklim khususnya peningkatan paras laut. Kerajaan Nauru menjangkakan skim itu dapat menjana pendapatan sekitar AS$5.7 juta (RM25.2 juta) setahun, demikian menurut saluran berita Bloomberg. Pegawai-pegawai Nauru merancang mengumpulkan dana AS$65 juta (RM288 juta) untuk projek pembangunan seperti membina bandar, ladang dan tempat pekerjaan. Sekitar 90 peratus penduduk tempatan perlu dipindahkan di bawah pelan itu.
“Ketika dunia berdebat tentang tindakan iklim, kita perlu mengambil langkah proaktif untuk menjamin masa depan negara ini,” Adeang dipetik berkata oleh Bloomberg seperti laporan VNExpress hari ini. – AGENSI Sumber: – KOSMO! ONLINE |
Dwdrum replied at 21-2-2025 08:58 AM
Nauru ini bukan easy access untuk direct flight... Perlu ambil flight transit di OZ... Pernah recce ...
Skuau replied at 23-2-2025 09:11 AM
"Sini Malesia SUMER FREE lg APA PON BOLEH"-Rohingok
Dwdrum replied at 21-2-2025 08:58 AM
Nauru ini bukan easy access untuk direct flight... Perlu ambil flight transit di OZ... Pernah recce ...
FOTHER-MUCKER replied at 23-2-2025 12:22 PM
United kingdom tenggelam dahulu sebelum Nauru
Decaffeinated replied at 22-2-2025 08:12 PM
'...pemenang pasport kemasukan bebas visa ke beberapa rantau seperti Singapura, Hong Kong dan Unit ...
gideoncross replied at 22-2-2025 11:05 PM
Amboi, lamanya nak tunggu connecting flight tu, psl apa smpai mcm tu skli? Psl Nauru tu remote cou ...
ADVERTISEMENT