Pempengaruh media sosial, Cik B menafikan spekulasi netizen mengenai lelaki misteri dalam perkongsiannya adalah kekasihnya tetapi hanya teman biasa.
Memetik Harian Metro, Cik B berkata lelaki tersebut adalah rakan lamanya yang dikenali enam tahun lalu serta enggan dedahkan lebih lanjut mengenai identiti lelaki berasal dari Kelantan itu.
“Dia hanya kawan baik, boleh dikatakan kena ‘friend-zone’. Buat masa ini, saya tak boleh dedahkan identitinya, kena tunggu waktu yang sesuai. Apa pun, dia bukan teman istimewa. Kami sudah saling mengenali sejak enam tahun lalu dan sering keluar bersama, maklumlah kawan baik.
“Masa itu saya tengah bersedih, jadi saya minta dia belikan bunga. Dia pun beli, dan kami keluar makan. Bagi saya, dia memang kawan yang baik,” katanya.
Sementara itu, Cik B berkata ada yang mendakwa lelaki itu rapat degannya kerana dia berduit, tetapi lelaki tersebut juga golongan berada.
Malah, anak kepada usahawan Datuk Seri Vida itu mengakui dia lebih selesa berkawan dengan individu yang ‘sekepala’ dan serasi dengannya.
“Ada juga yang kata lelaki itu cuba rapat dengan saya kerana duit, tapi ramai tak tahu yang dia sendiri pun kaya. Jadi, kami sekufu.
“Saya memang lebih suka berkawan dengan orang yang ‘sekufu’, tapi maksud saya dalam konteks persahabatan. Kadang-kadang, kalau tak sekepala, susah juga nak serasi.
“Saya sebenarnya tak kisah soal duit atau harta, yang lebih penting bagi saya adalah cara seseorang itu berfikir,” katanya.
Sumber – Harian Metro, Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|