Dalam video berkenaan, Atikah turut berkongsikan beberapa barangan keperluan bayi yang dibeli menerusi aplikasi TikTok. Perkongsian Atikah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu yang tetap berbelanja seperti orang biasa meskipun berkahwin dengan orang kaya. Malah, ada yang mengatakan Atikah seorang merendah diri apabila hanya menggunakan barangan bayi jenama biasa dan berbelanja secara berhemah.
|
ADVERTISEMENT