Susulan ramai yang kurang senang dengan video mesra Ameera Khan dan kekasihnya, Jefri Nichol, selebriti popular, Neelofa meminta orang luar untuk berhenti mengecam adiknya.
Memetik Harian Metro, Neelofa berkata dia sudah menjalankan tanggungjawab dengan menasihati adiknya namun enggan berkongsi secara terperinci.
“Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya.
“Pada masa sama, saya mahu minta semua, jangan mengecam atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun kamu suka atau tidak suka, tolong selitkan doa yang baik.
“Susunan takdir Allah dan segala perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik dengan doa yang baik. Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk adik-adik dan kakak saya,” katanya.
Dalam pada itu, katanya lagi keluarganya juga mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan segala isu yang berlaku untuk saling menasihati.
“Kami ada cara tersendiri. Mungkin keluarga dan adik-beradik lain ada cara tersendiri untuk saling menasihati. Kami pun ada cara kami tersendiri. Walaupun di mata orang belum cukup bagus, Tapi insya-Allah kita tahu apa yang terbaik untuk dia,” katanya.
Sumber – Rotikaya, Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|