![]()
Lelaki berusia 40 tahun itu dilihat kerasukan dan merangkak seperti buaya apabila polis tiba di rumah untuk menahannya. Terdahulu, polis menerima laporan keganasan rumah tangga yang dibuat isteri lelaki berkenaan. "Apabila kita ingin menahan suspek, dia tiba-tiba seperti dirasuk dengan tingkah laku menyerupai buaya. "Dia merangkak seperti buaya di jalan raya, selain membawa pisau dan bercakap seorang diri," kata Pegawai Pusat Perkhidmatan Polis Manggala, Aiptu Mustafa. Kejadian berlaku di Kampung Manggala di daerah Manggala, Indonesia. Aiptu berkata isteri lelaki itu bagaimanapun menarik laporan dipukul selepas melihat suaminya berkelakuan sedemikian. "Dia menganggap suaminya tidak sedarkan diri atau dirasuk ketika memukulnya," katanya. Sumber: mStar
|
isteri lelaki itu bagaimanapun menarik laporan dipukul selepas melihat suaminya berkelakuan sedemikian
ADVERTISEMENT