CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hutang kereta, rumah boleh bayar, hutang Mara culas selesaikan - Asyraf Wajdi

20-2-2025 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3203| Komen: 18|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2024-12-10-at-3.48.14-PM.jpeg


SABAK BERNAM – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan penurunan hutang pinjaman tidak berbayar (NPL) kepada 30 peratus tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketika ini NPL ditanggung pihaknya mencecah 49.6 peratus bernilai RM893 juta dengan ramai didapati masih culas melakukan pembayaran balik.

Katanya, ramai peminjam didapati senyap dan tidak ke hadapan sekiranya menghadapi masalah termasuk melalui proses penjadualan dan penstrukturan semula.

“Saya lihat semasa satu budaya pemikiran orang-orang kita yang lihat keutamaan membayar hutang MARA adalah paling rendah dan kebelakang.

“Hutang pinjaman peribadi bank, kereta, rumah itu mereka (peminjam) sanggup bergolak gadai untuk mereka membayar tetapi hutang Mara mereka culas. Walaupun mereka mempunyai keutamaan tetapi mereka tidak membayar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat dan meraikan Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar hari ini.

Tegas Asyraf, pihaknya tidak akan berkompromi lagi dengan mempertingkatkan dan mengetatkan displin kewangan.

Ujarnya, ini termasuk soal penilaian kepada mereka yang berikan hutang, pemantauan dan penguatkuasaan.

“Saya telah berikan amanah kepada ahli Majlis Mara yang salah seorangnya merupakan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim untuk mengepalai Jawatankuasa Pelaburan dan lihat tatakelola displin kewangan Mara.

“Saya tidak berkompromi soal orang culas untuk pembayaran dan ambil tindakan sehingga peringkat mahkamah atau sita. Ini sedang dilakukan secara agresif.

“Bukan untuk sulitkan sesiapa tetapi jangan atas nama untuk mengangkat martabat bangsa, kita culas dan melakukan penyelewengan dan penyimpangan dari agenda itu sendiri,” katanya.

Sumber  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 19-2-2025 06:54 PM
sila kejar mereka yang culas
esok2 anak tak dapat bantuan
dia jugak yang royani
Quote sayawifenikmie 20-2-2025 12:10 PM
nak ambil tindakan, sila ke atas PEMINJAM ... bukan PENJAMIN  
Quote MadameOnion 20-2-2025 12:38 PM
CC: nekta
Quote ultra78 20-2-2025 12:45 PM
Sebab melayu tak sedar diri. Mereka dah biasa dengan subsidi dan pelbagai bantuan dan anggap itu adalah hak mutlak mereka. Mereka yakin kalau tak bayar pun kerajaan tak ambil tindakan kerana kerajaan pun melayu jugak.
Quote AkokKocik 20-2-2025 01:02 PM
Klu xbayar rumah...rumah hilang, xbayar kereta...kereta hilang, xbayar MARA, xkena apa2, apa kesah...ye tak cekta???
Quote syamzana 20-2-2025 01:19 PM
AkokKocik replied at 20-2-2025 01:02 PM
Klu xbayar rumah...rumah hilang, xbayar kereta...kereta hilang, xbayar MARA, xkena apa2, apa kesah.. ...

kalau ada anak2 nak masuk mrsm tak lepas, nak apply pbu study tak lepas, nak masuk u berkaitan mara tatau la blh ke dak. tapi ye la....yg pinjam tak byr neh biasa anak2 pun masuk private skol, private u....khennn cheta??

***sian cheta asal keluar psl loan mara naik nama wpun katanya dah habis byr
Quote renko 20-2-2025 01:33 PM
syamzana replied at 20-2-2025 01:19 PM
kalau ada anak2 nak masuk mrsm tak lepas, nak apply pbu study tak lepas, nak masuk u berkaitan mar ...

smlm keluar berita asyraf kata lom habis bayar pun
janji nak bayar habis bulan berapa tah
Quote renko 20-2-2025 01:34 PM
AkokKocik replied at 20-2-2025 01:02 PM
Klu xbayar rumah...rumah hilang, xbayar kereta...kereta hilang, xbayar MARA, xkena apa2, apa kesah.. ...

cekta babi tu pun lom habis bayar kan
Quote syamzana 20-2-2025 02:03 PM
renko replied at 20-2-2025 01:33 PM
smlm keluar berita asyraf kata lom habis bayar pun
janji nak bayar habis bulan berapa tah

lorrrr dah 2/3 hari lepas keluar paper kata langsai??
membongaknya laaa...tak malu betui
Quote imransulaiman 20-2-2025 03:51 PM
Macam PTPTN lah tu..

Baik hapuskan sistem pinjaman macam ni.. Sama macam pinjaman Amanah Ikthiar tu..
Quote Kitty_catz 21-2-2025 04:43 PM
renko replied at 20-2-2025 05:33 AM
smlm keluar berita asyraf kata lom habis bayar pun
janji nak bayar habis bulan berapa tah

ratu membongak mesia

jatuh kepada nekta pool berlumut
Quote renko 21-2-2025 04:50 PM
Kitty_catz replied at 21-2-2025 04:43 PM
ratu membongak mesia

jatuh kepada nekta pool berlumut

pastu ada hati nak berlagak kaya lagi
perasan pas kantoi xbayar pinjaman
baru lah kurang sikit cerita si tua celaka ni membangga diri dengan gmbr dr side je
cibai punya babi tua
Quote juruterra 21-2-2025 05:16 PM
dh hutang sila bayar tak kisah hutang mara ke hutang dgn kawan/family. tak berkat hidup berhutang sana sini x bayar, maybe org yg ko hutang nampak tak susah tp mungkin ada nk pakai duit tp x penah mintak sbb malu nk mintak.
Quote cmf_PariS 21-2-2025 05:16 PM
lah kata che ta dh habis bayar? hahahaha malu 2.0 la menipu pula.. tgk bibiaq dia awat lagu tu?
Quote Sesuatu… 21-2-2025 05:21 PM
Bagus Datuk.. marah lagi diorg ni…jasaaaaa dia!
Quote tungkai 21-2-2025 06:11 PM
Sebabnya MARA tak berapa strict time nak kutip hutang. This time try enforce lagi kutipan hutang tu macam bank buat
Quote kitaserupaaa 21-2-2025 08:03 PM
Aku habiskan bayar hutang study mara dulu baru la beli kete & rumah. Alhamdulillah perlu bayar sikit je dari total pinjaman. Dua - tiga tahun settle hutang
Quote sapeka 21-2-2025 08:06 PM
Bayar la weh
Masa susah sibuk nak meminjam
Pastu buat buat lupa bayar
Tak kenang budi

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.038283 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top