CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak kisah tinggal di flat usang, kotor dan busuk, janji tengah ibu kota

20-2-2025 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6741| Komen: 0|Original author: Raline


kutips_1739928220.jpg


Kuala Lumpur: Seramai 124 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam serbuan di sebuah flat usang 14 tingkat yang menjadi 'sarang' warga asing, menerusi Ops Kutip di Jalan Haji Hussein, Chow Kit, di sini, hari ini.

Wartawan Harian Metro yang mengikuti operasi mendapati, lokasi flat yang terletak di tengah-tengah ibu negara menarik minat warga asing dan segelintir penduduk tempatan, meskipun terpaksa tinggal dalam keadaan tidak terurus.

Tinjauan di lokasi mendapati, selain kotor dan berbau busuk, kedua-dua lif di bangunan bertingkat itu langsung tidak berfungsi, yang difahamkan sejak bertahun-tahun lamanya.

Difahamkan, kadar sewa di flat tiga bilik yang dibina sekitar tahun 1970-an itu bermula daripada RM650 hingga RM2,200.

Ada juga pemilik yang menyewakan mengikut bilik bagi mengaut keuntungan lebih tinggi.

Ketika serbuan, pelbagai helah digunakan warga asing terbabit antaranya menyorok di bawah tilam orang lain, bersembunyi hampir sejam di dalam tandas, malah ada juga membahayakan diri dengan menyorok di tangki air di bumbung premis itu.

Seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, hampir semua unit rumah di flat berkenaan disewakan sama ada kepada penyewa warga asing atau tempatan.

"Saya dah tinggal di sini, belas-belas tahun, sudah biasa hari-hari turun naik tangga ke tingkat sembilan ini, lif dah lama rosak tapi tak baiki, nak buat macam mana sewa sini murah tak sampai RM1,000 di KL (Kuala Lumpur) mana mahu dapat?

"Macam saya sudah duduk lama murah sikit dalam RM800 kalau penyewa orang asing lagi mahal lah, tapi sekarang kalau rumah makin tinggi, makin murah sewa sebab lif rosak," katanya.

Perkara itu turut diakui beberapa penduduk tempatan yang turut mengaku menghadapi situasi sama terpaksa menetap di premis itu bagi menjimatkan perbelanjaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, tindakan penguatkuasaan diambil susulan laporan awam berhubung kebanjiran pati di kawasan itu.

Menurutnya, keseluruhannya, seramai 250 individu diperiksa, manakala 124 warga asing disyaki pati diberkas dalam operasi itu yang bermula pada 1 pagi dan berakhir beberapa jam kemudian.

"Sasaran operasi ini adalah berdasarkan aduan awam berikutan kebanjiran pendatang asing di kawasan ini yang menimbulkan ketidakselesaan kepada rakyat dan masyarakat setempat.

"Bangunan ini dalam keadaan tidak selesa, kotor, serta dipenuhi sampah-sarap yang mungkin menjejaskan kesihatan awam.

"Keadaan dalam bangunan ini sangat kotor dengan rumah yang dihuni oleh warga asing secara bersesak-sesak.

"Di satu unit rumah yang mempunyai lima bilik (diubahsuai), seramai 23 orang tinggal di dalamnya dengan kadar sewaan antara RM800 hingga RM2,200 sebulan," katanya pada sidang media di lokasi, di sini, awal pagi hari ini.

Menurutnya, walaupun sewa agak mahal, namun premis yang tidak terurus itu mendapat permintaan tinggi daripada pekerja warga asing yang rata-rata bekerja sebagai pembantu kedai, pembantu restoran, pekerja pembersihan hotel dan penjaga kedai telefon di kawasan sekitar.

"Sepanjang operasi ini, tiada insiden tidak diingini berlaku, walaupun terdapat cubaan melarikan diri, tetapi kesemua mereka berjaya ditangkap.

"Ada yang cuba bersembunyi di bumbung, tetapi dengan kecekapan pegawai, mereka juga berjaya ditahan," katanya.

Menurutnya, tangkapan terdiri daripada 84 warga Indonesia, Bangladesh (17 orang), Myanmar (dua), Nepal (empat), Pakistan (14), dan India (tiga).

Katanya, kesemua pati ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, serbuan dijalankan oleh 50 pegawai dan anggota JIM Kuala Lumpur dengan bantuan 30 pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Sumber  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.027589 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top