CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Rose nak bawa Ezzrin Loy jumpa ibu ayah, dah sedia nak kahwin

20-2-2025 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33774| Komen: 34|Original author: Raline

sf.PNG


"Saya baru rancang nak bawa Ezzrin berjumpa dengan keluarga. Doakan yang baik-baik buat kami," kata pelakon, Sharifah Rose ketika diminta mengulas hubungan cintanya dengan pelakon Ezzrin Loy, 27.

Sharifah Rose berkata, mereka sudah berkawan dan mengenali hati budi selama tiga tahun dan hubungan juga diketahui oleh keluarga.

"Sudah sampai masanya untuk saya perkenalkan Ezzrin kepada keluarga. Ini adalah langkah pertama dalam hubungan kami.

"Maklumlah, saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan ibu bapa sangat tegas dalam perkara ini. Jadi, saya sangat berhati-hati untuk beritahu perkara membabitkan soal peribadi," katanya.


Ditanya kriteria yang ada pada Ezzrin yang juga adik pelakon Elfira Loy, Sharifah Rose berkata, dia sangat selesa berkawan dengannya.

"Sebenarnya, saya tidak kisah berkawan dengan sesiapa, asalkan seorang yang bertanggungjawab.

"Ezzrin pemalu. Saya selesa berkawan dengannya mungkin kerana kami menceburi bidang sama.



"Saya pernah kenal dengan lelaki dalam bidang berbeza, tapi kami tidak tahu mahu berbual topik apa ketika berjumpa," katanya.

Mengenai perancangan berkahwin, katanya, dia mensasarkan usia sebelum 30 tahun untuk berkahwin.

"Biasalah, wanita mesti sasar usia sebelum 30 tahun. Saya mencecah usia 27 tahun ini," katanya.


Terdahulu, perkongsian video mesra Sharifah Rose bersama Ezzrin di platform media sosial TikTok menjadi perhatian netizen dan menimbulkan spekulasi kini hangat bercinta.

Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irvene 19-2-2025 10:39 PM
tak minat. tapi sesuai je korang berdua sama tinggi. kening rose pun mcm elfira. dulu ezzrin dgn ain edruce macam kakak & adik.
Quote babycc 19-2-2025 11:05 PM
irvene replied at 19-2-2025 10:39 PM
tak minat. tapi sesuai je korang berdua sama tinggi. kening rose pun mcm elfira. dulu ezzrin dgn ain ...

pernah dgn rita nadira juga x salah aku..
Quote fattymah 19-2-2025 11:11 PM
babycc replied at 19-2-2025 11:05 PM
pernah dgn rita nadira juga x salah aku..

Heols pernah gak dengan ain edruce.. p sekolah anak iols time tu berdua.. ada program apa ntah
Quote Manusiabesa 19-2-2025 11:12 PM
Klu ambik kerabat loy2 ni buat baka nk mmbiak mmg sahh xkn lawa comel la genetik hang seripah oi. Dh elok diri sndiri lawa. Smpai jd duta habib. Loy2 ja hg plih buat laki... bodo bodo bodo rugi besaq. Nk jd ipar elbulu plk. Manjang meriak el tu haa. Hdup mau have2 pdhal. Hampeh
Quote naina 19-2-2025 11:20 PM
Lawa dak rose ni macam unik ckit
Lawa melayu asli
Bukan kacuk2
Btw berapa umur adik ell ni
Dah dewasa ye..knp tah aku rasa laki ni macam budak habis sekolah. Keje apa dia sampai rose ni nak kat dia. Adoi. Carilah berbaloi ckit ada kerja tetap dan bsnes sampingan.
Quote haruslah 19-2-2025 11:27 PM
naina replied at 19-2-2025 11:20 PM
Lawa dak rose ni macam unik ckit
Lawa melayu asli
Bukan kacuk2

Kan i rasa mcm bebudak je ezrin tu
Maybe sbb da biasa berlakon budak.kecik dulu
Quote likilu 20-2-2025 12:03 AM
Elfira loy restutak
Quote sharlenetexas 20-2-2025 12:04 AM
haruslah replied at 19-2-2025 11:27 PM
Kan i rasa mcm bebudak je ezrin tu
Maybe sbb da biasa berlakon budak.kecik dulu

Samalah.


Quote Akalditipumata 20-2-2025 12:22 AM
Dik...cantik2 sauk la vvip ke yistana bau2 bacang ke... Yg stabil ke.. Ni kang..awk keje utk dia ke dia keje utk awk... Pk jauh dik..
Quote jambatannetizen 20-2-2025 12:28 AM
Manusiabesa replied at 19-2-2025 11:12 PM
Klu ambik kerabat loy2 ni buat baka nk mmbiak mmg sahh xkn lawa comel la genetik hang seripah oi. Dh ...

Tapi aku tak boleh blah circle nurulzulkifli/sarah cuura boleh ekkk ambik elbulus ini jd kwn korang.


Ewww
Quote LembingDayanti 20-2-2025 01:03 AM
seram la nanti laki dia masa main bunyi kartun. suara kartun kan?
Quote JahLupa 20-2-2025 01:15 AM
Bp umur adik el ni. Nape mcm baru lepas abes skolah. Xnmpak manly..
Quote rayna_raynes 20-2-2025 01:21 AM
jambatannetizen replied at 20-2-2025 12:28 AM
Tapi aku tak boleh blah circle nurulzulkifli/sarah cuura boleh ekkk ambik elbulus ini jd kwn koran ...

i find elfira a sweet person and easy to work with. cakap pun sopan, layan org baik. Rasanya sekufu je dengan nurul/sarah sbb lifestyle diorang pun nampak lebih kurang je
Quote TerataiMelur02 20-2-2025 01:40 AM
Sharifah rose, sofea shra dan eryshaemyra muka lebih kurang je


IMG_7317.jpeg
Quote awanysss 20-2-2025 10:26 AM
TerataiMelur02 replied at 20-2-2025 01:40 AM
Sharifah rose, sofea shra dan eryshaemyra muka lebih kurang je

the power of make-up. terus nmpk sama. dorang lebih sama pd gaya kot. muka tu sbb mekap.
tp cantik2 deols ni.. beruntung..
Quote irvene 20-2-2025 10:30 AM
babycc replied at 19-2-2025 11:05 PM
pernah dgn rita nadira juga x salah aku..

haah betul. ain & rita ni kan dua2 tinggi. mana sesuai dgn ezrin katek tu
Quote marchikobonzo 20-2-2025 10:32 AM
Adik el ni keje apa?
Quote irvene 20-2-2025 10:37 AM
Akalditipumata replied at 20-2-2025 12:22 AM
Dik...cantik2 sauk la vvip ke yistana bau2 bacang ke... Yg stabil ke.. Ni kang..awk keje utk dia ke  ...

kakak ni. masalahnya kerabat pun taknak dkt dia macam mana dia nak sauk
Quote miemiecha 20-2-2025 11:59 AM
irvene replied at 20-2-2025 10:37 AM
kakak ni. masalahnya kerabat pun taknak dkt dia macam mana dia nak sauk

even sakit, tapi ianya benar.... kehkehkeh.. mek sokong chuols!!!

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045831 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top