CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tok Puan Faikah, balu mantan MB Kedah meninggal dunia di usia 75 tahun

19-2-2025 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3746| Komen: 5

 


ALOR SETAR – Balu kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak iaitu Tok Puan Faikah Hamzah, 75, meninggal dunia pada pukul 3.45 pagi tadi di Institut Endokrin Hospital Putrajaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi akaun Facebooknya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah atas pemergiannya.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tok Puan Faikah Hamzah, balu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergiannya ke rahmatullah.

“Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Faikah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras Jernang di Bangi, Selangor.


Pada 26 September 2013, Allahyarham Azizan yang berusia 68 tahun meninggal dunia pada pukul 11:15 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini akibat kegagalan fungsi organ dalaman dan jangkitan kuman dalam darah. 

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 19-2-2025 05:21 PM
Salam takziah
Quote liyamariska 20-2-2025 02:24 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote flyingjat576 21-2-2025 07:47 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote nw111 21-2-2025 07:53 PM
Innalillah...ni wife no 1..arwah ada sorang lagi wife orang ganu..
Quote sapeka 21-2-2025 08:07 PM
Salam takziah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.034496 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top