CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat maut rempuh lori sebelum digilis dua kenderaan

19-2-2025 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4415| Komen: 35

 


SEPANG – Seorang jururawat maut apabila motosikalnya merempuh belakang sebuah lori sebelum tercampak dan digilis dua kenderaan lain di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), di sini semalam.

Mangsa, Nurul Ilham Nordin, 29, yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal berkata, siasatan awal mendapati mangsa terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari arah Cheras menghala ke tempat kerja.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar belakang sebuah lori tiga tan yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan dan digilis sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan kemudian dilanggar sekali lagi oleh pemandu Perodua Alza.


Katanya, siasatan masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Shan Gopal berkata, pihaknya juga telah merakam keterangan tiga pemandu kenderaan yang terbabit dalam insiden itu bagi membantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menyalurkannya dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau menghubungi Insp. Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-6488474. 

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 19-2-2025 04:08 PM
Innalillah. Ni Kes Naya. Semoga arwah ditempatkan di tmpt2 org beriman.
Quote lanacondor 19-2-2025 05:29 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. kesian kakitangan hospital xcukup anggota. Pesakit ramai. Terkejar2 sana sini.. Semoga Allah ampunkan segala dosa2nya Dan ditempatkan dikalangan golongan orang yg beriman. Aamin
Quote sayawifenikmie 19-2-2025 11:55 PM
Allahhuakbar dik ..... beraninya wak naik motosikal jauh2 macam tu .. jalan 2-3 lorong ... semoga syurga tempat mu dik .... meninggal ketika keluar mencari rezeki ...
Quote tumpanglalu74 20-2-2025 01:35 AM
1000038496.jpg

Cantek orangnye maseh bujang..
Quote sukacactus 20-2-2025 04:50 AM
Ada tgk video dashcam kereta yg terlibat tu smlm
Laju je arwah rempuh blkg lori tu, pastu tercampak ke lane sblh, mmg cepat sgt, xleh nak elak kereta tu terlanggar skali
Quote nw111 20-2-2025 07:21 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Tgk kwn2 dia share video..cantik arwah ni..

Moto ni kalau blh guna dr rmh nk pegi kedai acheh or surau dlm taman je lah...nk pegi kerja lalu hiway or jln sibuk takyah guna motor..beli axia pun ok..
Quote netto_ 20-2-2025 07:21 AM
Mmg ngeri aku tgk bideo arwah langgar lori tu. Kdg2 mmg xperasan ade lori tepi tu. Da dekat br nampak. Dkt hiway waktu kerja kete byk. Kesian arwah.
Quote supernaturalee 20-2-2025 08:17 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

Semoga arwah ditempatkan di tmpt2 org beriman.
Quote misszazaz 20-2-2025 08:48 AM
Innalillah
Quote nadna 20-2-2025 08:50 AM
‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ
Quote mejaputih 20-2-2025 09:01 AM
nw111 replied at 20-2-2025 07:21 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun....
Tgk kwn2 dia share video..cantik arwah ni..



Iye..iols cukup takut anak2 jantan iols ckp nk amik lesen motor bila abis spm nnt...
Innalillahi wa inna ilaihirojiun..cantik arwah ..takziah buat family .. iols rasa arwah naik motor sbb sng nk parking.
Btw hiway silk ni laluan husband iols gi keje..dia selalu citer seallu ternampak penunggang motor terdampar tepi jalan baru lepas jatuh/kena langgar..some dah ditutup dgn kain..
Quote kucingitam 20-2-2025 09:04 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Quote diss69 20-2-2025 09:09 AM
Salam takziah buat keluarga arwah...turut rasa sedih...
Quote vanilacup 20-2-2025 09:22 AM
Sgt tragis kematian tu...Video dia byk sgt org share dlm TT...
Semoga roh almarhumah ditempatkan di kalangan org beriman
Quote manehnya 20-2-2025 09:22 AM
canteknya arwah, al fatihah, smoga keluarga tabah..
Quote adawiyah_hakim 20-2-2025 09:38 AM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ salam takziah
Semoga Allah ampunkan segala dosa2nya Dan ditempatkan dikalangan golongan orang yg beriman.. Aaminn
Quote BawangCaramel 20-2-2025 09:38 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote Supersirap 20-2-2025 10:11 AM
Salam takziah kepada keluarga
Quote nw111 20-2-2025 10:24 AM
mejaputih replied at 20-2-2025 09:01 AM
Iye..iols cukup takut anak2 jantan iols ckp nk amik lesen motor bila abis spm nnt...
Innalillahi w ...

Laluan iols jugak ni...kental betul arwah naik motor lalu jln ni...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044526 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top