Semakin terbuka, deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd mengundang perhatian ramai apabila memuat naik foto dalam Instagram memaparkan pelakon Emma Maembong berdiri sebelahnya. Bukan hanya berdua, sebaliknya terdapat dua lagi individu yang difahamkan rakan baik mereka turut ada dalam foto tersebut. Tanpa sebarang kapsyen, DJ Kidd hanya menyatakan rasa sayangnya kepada ketiga-tiga individu dalam foto tersebut termasuk Emma. “Love you guys (sayang awak semua),” katanya ringkas. Tidak terhenti di situ, DJ Kidd terus menjadi tumpuan ramai apabila memuat naik video mendukung seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak bongsu Emma, Shakil Aryan Shah.
Menerusi video tersebut, DJ Kidd dilihat mendukung Shakil ketika berada di sebuah zoo. Pada Januari lalu, spekulasi keintiman Emma dengan DJ Kidd diperkatakan semula selepas lelaki terbabit secara terbuka mendedahkan perasaannya. Lelaki terbabit memberitahu bahawa pemilik nama lengkap Fatimah Rohani Ismail, 32, itu kini berada di dalam hatinya. Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
|
bambimo replied at 19-2-2025 03:55 PM
Perghhhh timohhh.putih gebu nya dia
kechikchomel replied at 19-2-2025 04:17 PM
iolss lak nampak macam dia pregnant
bambimo replied at 19-2-2025 04:39 PM
Tak kot sbb kalo tgk klip berlegar promote baju raya smbil nyanyi lagu Infiniti gadis tinggi 5'3 d ...
lilacomot replied at 19-2-2025 08:26 AM
keje dj kelab mlm ni masyuk x uols...downgrade btul dak ema cri partner..mayb yg ni buat dia rsa sel ...
ADVERTISEMENT