CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

14 lokasi panas kebakaran terbuka di Johor

19-2-2025 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2842| Komen: 1

 


JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor akan memberi fokus ke atas 14 lokasi panas kerap berlaku kebakaran terbuka sepanjang tempoh peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dilaporkan sudah bermula.

Pengarah JBPM Negeri Johor, Siti Rohani Nadir berkata, biarpun peralihan MTL dijangka berlaku pada Mac depan, namun tanda peralihan sudah boleh dilihat apabila berlaku kebakaran terbuka sejak awal tahun ini.

Sehubungan dengan itu, pihaknya sudah mula bersiap siaga dalam berdepan tempoh peralihan MTL itu termasuk mempersiapkan pengoperasian, keanggotaan dan aset.

“Dari segi persiapan keanggotaan, memang kita siap siaga 24 jam membabitkan semua pegawai kira-kira 1,400 orang dan peralatan serta kelengkapan pun kita ada dapat bekalan pam mudah alih yang boleh digunakan ketika kebakaran.

“Kita juga ada wujudkan ‘red team’ iaitu pasukan bantuan yang akan digerakkan jika berlakunya kebakaran pada skala yang lebih besar termasuk mendapatkan bantuan unit helikopter di Putrajaya, untuk mempercepatkan operasi pemadaman,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Negeri Johor Bulan Februari 2025 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor di sini, hari ini.

Menurut Siti Rohani, antara kawasan panas yang dikenal pasti kerap berlaku kebakaran terbuka akibat tanah gambut adalah di Kampung Ibrahim Majid, Kluang; Ladang Ibzi dan Ladang Sebana-Punggai, Kota Tinggi serta Jalan Parit Makasar dan Sanglang, Pontian.

Selain itu, katanya, terdapat sembilan lokasi panas dikesan di Muar.

“Kekerapan kawasan ini terbakar sejak 2020 hingga 2023 adalah antara satu hingga empat kali dengan tempoh operasi pemadaman dilakukan mengambil masa antara sehari hingga 12 hari,” jelasnya.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 20-2-2025 02:12 AM
dah start panas.. iols yang bukan kat JB ni pun terasa bahang

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.039749 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top