CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Salah Ke Kalau Aku Bawak Grab?" - Lelaki Bermuka Helok Kena Judge, Terasa Ada Akak Gelakkan Sebab Buat Part Time Grab!

19-2-2025 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18075| Komen: 53|Original author: vanillaessence


Pada ketika ini, ramai yang menjadikan pekerjaan Gig seperti penghantar makanan atau rider sebagai alternatif menjana pendapatan.

Waktu kerjanya yang fleksible dan pendapatan agak lumayan menjadi sebab mengapa pekerjaan sebegitu sering menjadi pilihan ramai.

Namun entah mengapa, masih ada segelintir individu yang memandang rendah kumpulan pekerjaan ini apatah lagi jika ia dilakukan oleh orang ternama.

Kecewa dengan respon yang diterima, Afiq mendakwa wanita berkenaan seolah-olah seperti memperlekehkan pekerjaannya itu.

“Aku rasa dia tengah judge aku. Kalau budak-budak aku boleh lagi, ni nak sama umur aku atau atas dari umur aku.

“Terasa sikitlah kan. Aku ni ada nama, aku ada TikTok tapi aku kerja Grab, kadang-kadang malu juga kalau orang cakap aku macam tu, tapi nak buat macam mana?

“Aku kerja ni pun sebab aku tak de job. Kalau influencer lain, diorang buat TikTok dengan kawan-kawan dia yang famous. Aku buat sorang-sorang tau, susah nak dapatkan job tu.

“Kalau aku tak de duit, aku kerja jela, part time bawa Grab. Tak tahulah, dia terasa sikit. Kalau akak ni tengok, biarlah saya kerja Grab pun, saya kaya je.

“Jangan judge orang macam tu kak, jangan gelak-gelakan saya, saya terasa,” kongsinya.

Memetik mStar, Afiq menjelaskan dia tidak kisah melakukan pekerjaan sebegitu namun malu apabila pekerjaan halal itu ditertawakan orang.

“Sejujurnya saya tak kisah kerja Grab tapi bila orang gelakkan pekerjaan ini, saya jadi malu. Saya ada followers tinggi.

“Mesti orang ingat individu yang ada followers (pengikut) ni kaya. Lepas tu orang tengok saya kerja penghantar makanan, saya miskin. Padahal kerja Grab sehari boleh cecah RM200 ke RM300,” katanya.

Kongsi Afiq lagi, bilangan pengikut yang ramai tidak menjanjikan tawaran kerja yang berpanjangan.

Malah difahamkan, dia telah melakukan pekerjaan tersebut selama dua tahun disebabkan kekurangan review di media sosial.

“Saya cuma buat part time Grab untuk cari duit tepi sementara tengah tak ada job review. Job tu ada tapi sekarang susah nak dapat review.

“Saya rasa pelik, salah ke kalau orang ada followers ni kerja biasa? Sampai orang lain nak gelak dan judge saya?

“Kadang terfikir juga kenapa saya masih ‘tersangkut’ dekat sini sedangkan orang ada followers tinggi dah berjaya. Mungkin rezeki saya belum sampai,” jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, Afiq menasihati orang ramai agar tidak menghakimi pekerjaan seseorang.

“Pesanan saya untuk orang ramai, tak kisah orang tu ada berapa followers pun, dia tetap orang biasa. Tak kisahlah kerja apa, yang penting halal,” katanya lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaessence 19-2-2025 08:30 AM
[tiktok]7469931247695924497[/tiktok]
Quote Samerosie 19-2-2025 08:59 AM
“Terasa sikitlah kan. Aku ni ada nama, aku ada TikTok tapi aku kerja Grab, kadang-kadang malu juga kalau orang cakap aku macam tu, tapi nak buat macam mana?


Siapa lo?
Quote lightheaded67 19-2-2025 09:31 AM
walopon ade ropa mcm duta so7 sikit2
tp who a yusssss
tepi la dek
Quote MadameOnion 19-2-2025 10:18 AM
ada rupa? biasa je nyah
Quote syamzana 19-2-2025 10:25 AM
ye ke ada org judge ke perasan sendiri?
zaman skrg ni org malas peduli la keje apa asal halal sbb yg tak kerja tebongkang kat umah ramai lg
btw, glamer ke dia ni?
Quote alaa 19-2-2025 10:39 AM
tak salah pun bawak grab.

salahnya is meratib orang gelakkan awak. ehh paduli aje la orang nak cakap apa.
you do you aje la patutnya.
Quote NazRysha 19-2-2025 10:41 AM
hensemmmnyaaa(tgn dibahu)
Quote MoonRise 19-2-2025 10:45 AM
Masalahnya, dia terasa ada orang gelakkan dia. Entah iye, entah idokk.
Kot akak tu tergelak terkenang peristiwa jatuh longkang ke.

Kata ada nama, tapi insecure much
Quote renko 19-2-2025 10:57 AM
Edited by renko at 19-2-2025 10:58 AM
Pada masa yang sama, Afiq menasihati orang ramai agar tidak menghakimi pekerjaan seseorang.

bangsat ni judge orang merata takpe lak
acah konon mcm orang hamak sangat ke dia
alah pukimak ni nak viral je
sikit2 merintih je golongan babi sial ni
padahal xde orang peduli pun keje kau apa sial
sendiri je acah2 tersakiti sbb nk viral
pale butuh kau
Quote nw111 19-2-2025 11:02 AM
Tak salah dik..mulia lagi kerja awak bawak grab dr staff immigration yg jadi dalang sindiket jual org kat klia tu...moga murah rezeki awak
Quote Jitu 19-2-2025 11:35 AM
bang Afiq ni SS kot = syok sendiri

takde sape pun yg peduli nak gelak2
Quote otai_g 19-2-2025 11:49 AM
Artist pun kena kerja, kerabat pun kena kerja tau. x kerja mn nak dtg duit plk. Even agong pun kira kerja jgk apa. Jawatan agong.
Quote lilacomot 19-2-2025 11:52 AM
herlok ke??????

btw sapa ko ni....dak2 skolah je kot yg follow..xpenah lalu kt fyp aku
Quote A-Are 19-2-2025 11:54 AM
da saper menghina kerja grab/....ramai je buat part time buat grab dari golongan professional...janji kerja dari dok melepak...i ols pernah dgr bos cina i ols dok ckp dia suka bebudak kerja grab (sbb dia naik grab p ofis hari2) dorang baik2, rajin especially dia ada masalah kaki, deyols elok hantar sampai depan rumah memudahkan dia...siap puji kata sgt rajin lagi bagus dari jadi mat rempit...bangsa kita kan femes mat rempit..
Quote sphinx 19-2-2025 12:27 PM
yeke akak tue gelakkan awok sb awok keja grab... kot time tue awok tak zip seluar ke, pakai baju terbalik ke.. takpun time awok sampai tue, dia tgh scroll tgk meme yg lawak2 ke.. kemain awok judge akok tue eyhhh.. akak tue ntah kenal ke tidak awok tue ade ramai followers kat TikTok

done backup akak
Quote TeropongThaico 19-2-2025 12:28 PM
Tak hesmes
Tak kenal
Perasan...

Benda dah lama & ramai yg buat takde sapa dah nak pandang serong
Quote MarryPottet 19-2-2025 12:57 PM
Ntah saper saper lah mamat ni
Merempan je keje dia
Patutlah takde org nak bagi job product review
Quote IzzahF 19-2-2025 01:02 PM
kenapa heshe masuk CI?
Quote prettyuglybabe 19-2-2025 01:06 PM
content nak tambah tollolwer dapat gift la tu..
takde sapa pun peduli kau kerja apa..
janji door to door kau kena hantar sampai depan pintu..
kalau kau malas, baru orang maki..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.236436 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top