CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kawan sedang curang, lelaki 50-50 nak bocor rahsia... Simpati nasib si isteri kena tipu, hati kawan pun kena jaga

19-2-2025 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35884| Komen: 0|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-18 221843.png



BUKAN senang untuk menjaga hati setiap rakan dan ahli keluarga.

Terutamanya ketika berlaku konflik yang memerlukan kita untuk menunjukkan atau menyatakan pendirian.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang lelaki mengakui sedang buntu apabila terhimpit dalam kemelut rumah tangga seorang rakannya.

Menurut lelaki tersebut, lebih merumitkan keadaan apabila dia berkawan rapat dengan pasangan suami isteri berkenaan.

"Hidup saya boleh dikatakan bebas drama selama ini, tapi segalanya bakal berubah. Saya macam ada gerak hati yang kawan lelaki saya ni sedang berlaku curang dengan isterinya.

"Untuk makluman, saya juga berkawan baik dengan isteri kepada rakan saya tu, jadi ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati di sini.

"Saya sejujurnya benci untuk jadi orang tengah dalam hal ni, memandangkan saya juga seseorang yang sudah berkeluarga. Tapi saya tak tergamak nak biarkan mereka begitu sahaja, terus diselubungi penipuan.

"Jadi apa yang saya patut lakukan dalam hal ni? Adakah saya harus berterus-terang dengan kawan lelaki saya tu, nasihat dia untuk insaf atau buat tak tahu je masalah rumah tangga mereka?" soal lelaki itu meminta pandangan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan nasihat daripada beberapa perspektif berbeza bagi membantu lelaki itu mendepani masalah ini.

"Kalau pada saya, lebih baik tegur dan nasihatkan sahabat tu, selamatkan rumah tangga dia selagi boleh. Kalau bergaduh sampai putus kawan, biarkan, sekurang-kurangnya awak tak bersubahat. Selesai tanggungjawab.

"Saya pun rasa begitu, boleh cuba cakap dengan kawan tu supaya dia sedar, pilih ayat awak baik-baik. Ingat, dia adalah lelaki dewasa, bukan lagi kanak-kanak. Pada waktu sama, jangan beritahu dekat isteri dia dulu, nanti keadaan lagi gawat.

Screenshot 2025-02-18 221921.png


"Tapi sekiranya nasihat dan teguran pun tak jalan, boleh angkat kaki. Terpulang kepada awak nak beritahu isteri dia tentang kecurangan ni atau tidak, kalau pilih untuk cakap, awak kena bersedia untuk jadi orang tengah, pastikan cukup bukti.

"Pandangan saya sedikit bercanggah, memandangkan saya pernah terlibat dengan benda macam ni, saya sarankan awak untuk lari sejauh-jauhnya daripada mereka berdua. Serabut hidup nak masuk campur rumah tangga orang," kata pelayar.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.307028 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top