CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baru mula kerja, anak bengang ibu desak suruh belikan Vios

18-2-2025 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35603| Komen: 6|Original author: Raline

ki.PNG



PETALING JAYA – “Saya rancang nak beli Axia masa dapat kerja pertama dulu, tapi mak saya mula paksa saya belikan Vios untuk dia. Saya ulang, untuk dia.”

Itu luahan seorang individu di media sosial yang terkilan apabila dia didesak ibu sendiri supaya membelikannya kereta jenama Toyota Vios.

Walaupun didesak, individu berkenaan mengambil keputusan mendiamkan diri memandangkan ibu bapanya sendiri tidak pernah menyara kehidupannya sejak bersekolah menengah.

“Kalau naik kereta dengan dia (ibu), dia nampak Vios ja terus cakap, ‘Syoknya kalau dapat Vios ni. Ha, tu bakal kereta mak lah tu!’.

“Saya menjelingkan mata ke atas saja. Tolonglah, saya tanggung diri ni sejak zaman SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dulu. Ibu bapa tak pernah hulur.

“Mereka ingat pinjaman pelajaran tu dah cukup. Sekarang saya dah putuskan hubungan dengan mereka, satu sen pun tak hulur. Saya cakap tunggu selesai bayar pinjaman penuh pelajaran, baru saya hulur,” katanya.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang turut berkongsikan pengalaman serupa.

“Mak saya pernah suruh saya tanggung kereta Honda adik saya sebab dia tak mampu bayar bulan-bulan. Setahun tolong bayar, akhirnya saya beli kereta sendiri. Lantaklah, gaduh juga la masa tu,” kata seorang netizen.

“Saya faham keadaan awak. Sesetengah ibu bapa harap anak-anak mereka bagi semua kehendak mereka. Umur dah menua, tak payahlah fikir kehendak tekak. Anak-anak tu nak juga rasa kehidupan sendiri,” ujar @iam.mar14.

“Lebih kurang pengalaman kita. Keluarga tak pernah tanggung pengajian atau belanja mula habis sekolah. Masuk universiti (cari) duit sndiri. Bila mula kerja, mak saya minta minta bagi dia bulanan RM1,000,” kongsi seorang lagi netizen.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 19-2-2025 12:21 AM
Hmm.. Nasib kita serupa..
Quote Itzy 19-2-2025 01:27 AM
Kesian anak2 dapat mak pak bangang miskin, semua nak harap duit anak, ingat bank kot? Bagi mana mampu je rm 100-200, tak perlu sampai rm1000. Kalau kau gaji rm10K boleh la bagi rm1000.
Quote AkokKocik 19-2-2025 05:19 AM
Jgn putuskan hubungan dgn makbpk, cuma buat derkkk je kehendak diorg...anak berhak berhak menikmati hasil usaha diorg sndri....makpak ada yg cuma pandai buat anak je, anak yg kena pkir utk hidup sndri....anak plak yg wajib balas jasa makpak, jasa apa???mewujudkan anak ke dunia???Lepas tu anak hidup dlm serba kekurangan, xcukup serba serbi, bila anak mampu hidup sndri, kena beri kehendak makpak.
Quote BoongaKertas 19-2-2025 03:14 PM
giler makpak mcm ni. tp realiti mmg ada. kwn meols dulu, baru 1-2 keje, mak dia suh beli vios, kenot lower than that. giler, gaji memula keje baru 2-3k kot masa 10 tahun lps. dia kata dia nangis tp dia ikutkan jer. kesian kwn meols. hope mak dia x segila dulu.
Quote Diamje 20-2-2025 06:48 PM
Dh alami 15 tahun dulu. Even lepas spm keje cashier je. Tp kene bg mak 200, byr bil fone rumah 200. Tinggal la 200 utk makan pergi kerja. Bila nk masuk U mmg mak tak bg sesen duit pun. Mujur kakak kakak tlg bg sorg sikit nk beli keperluan masuk hostel. Mujur juga dpt 1500 pinjaman Ptptn. Mula2 kerja dh kena disuruh beli itu ini.. ada masa mak bgtau kakak, x suka saya balik sbb susahkan dia katanya. Jadi sejak itu saya mmg akn balik rumah mak setahun sekali @ 2. X lebih 3 mlm… ttp bg duit bulanan pada dia.
Quote kepompong 21-2-2025 01:43 PM
i ada kawan yg parents mintak bmw , adik2 dia belikan X1 baru. Ok la kongsi2 adik beradik sebulan baru brp je. Kawan i tak termasuk dlm kongsian tu sbb dia dah tak kerja sbb ada complication diabetes. Skrg hidup pun pakai duit socso.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.284183 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top