CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sidang kecoh, Ahli Parlimen Pendang dakwa wakil DAP punca keharmonian rakyat terjejas

18-2-2025 10:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36082| Komen: 3

 


KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat petang ini kecoh apabila Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim mendakwa Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) cuba mencampuri urusan orang Islam sejak dua tahun lalu.

Awang mendakwa Koo Ham mencadangkan pakar Perlembangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kopetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang Islam pada September 2023.

Beliau turut mendakwa tindakan menteri dan wakil rakyat DAP termasuk Koo Ham antara punca menjejaskan keharmonian dan merenggangkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Bukankah ini cabaran kepada Islam? Buat apa campur, orang Melayu Islam tak ganggu agama kamu, apa kamu buat, saya baca surah tadi.

“Kalau tak ada niat memperlekeh, menghina semua ini bermula apabila DAP menjadi kerajaan, sebelum ini tiada masalah,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.


Koo Ham kemudian segera bangkit dan dilihat mencuba untuk mencelah beberapa kali sehingga situasi tegang itu turut dicampuri oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Ramli Mohd. Nor bagi mengawal keadaan.

“Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya ambil Peraturan 42, dengar apa saya nak cakap. Yang Berhormat (Pendang), saya bagi 30 saat lagi, Yang Berhormat yang lain duduk,” tegas Ramli.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 18-2-2025 10:36 PM
betul la tu..DAP acah2 highlight isu berbaur perkauman..bila PN tegur...dia acah2 jd mangsa keadaan..
bahenol DAPUMNO
Quote Itzy 19-2-2025 01:48 AM
Edited by Itzy at 19-2-2025 01:51 AM

Geng2 ph yg kata kerajaan ph ni bersih dan takde korup ni memang bengap la. Korup tu ada tapi mereka pandai makan pandai simpan. Geng2 peguam kot, mana tak bijak. Suami mak cik aku ni kerja under mereka, dia tahu la perangai puak2 ni. Dia kaya raya sebab kerja under mereka ni, kerja kerajaan dan ada syarikat sendiri. Projek dapat berjuta2, perrgh masyuk. Sekarang sibuk cuci duit kot sebab nak bersara tak lama lagi hahahah. Kesian cikgu2 dipaksa tumpu kerja tak boleh berniaga kecilan tambah pendapatan untuk cover duit bantu anak murid. Padahal mereka yg atasan buat duit mudah juta2, projek sana sini, rasuah sana sini, korup habis habisan.
Quote Belibis 19-2-2025 10:13 AM
Sebut keling tak boleh..pertikai agama islam dialu alukan..hidup madanon.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.026169 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top