![]()
Menerusi perkongsian pemilik akaun @pja_chan di laman X, lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kelab bola keranjang di Takatsuki, Osaka. "Ada Malaysian kantoi curi duit dan CC (kad kredit) dekat Japan. Total kerugian dalam RM30,000. Masuk news sampai famous sudah. "Kalau baca replies bawah tweet ni, penuh dengan rant (rungutan) terhadap foreigners dekat sana," tulisnya. Pemilik akaun itu merujuk kepada ciapan akaun @tweet_tokyo_web yang membuat perkongsian mengenai kejadian berkenaan, selain turut memuat naik pautan saluran ANN News yang melaporkan berita kejadian. Daripada terjemahan laporan berita media tersebut, ia melaporkan seorang pengajar sambilan lelaki ditahan polis kerana mencuri barangan berharga di sebuah kelab bola keranjang di Takatsuki. Menurut polis Jepun, identiti lelaki tersebut dikenal pasti sebagai Wong, 26, seorang guru separuh masa warganegara Malaysia. Wong dikatakan menggunakan nama Jepun untuk menyertai kelab bola keranjang berkenaan dan pertama kali menyertainya. Rakaman video yang tersebar memaparkan aksi lelaki berkenaan duduk di tepi gelanggang dan perlahan-lahan menggeledah beg milik ahli kelab yang diletakkan di situ. Pemilik beg mengesahkan wang tunai dan kad kredit miliknya dengan nilai keseluruhan kira-kira 1 juta yen (lebih RM29,000) hilang. Wong bagaimanapun menafikan sebahagian dakwaan kepada pihak polis. Sementara itu, warga maya memenuhi ruangan komen dengan mengecam tindakan lelaki berkenaan yang bukan saja mencemarkan nama Malaysia, malah mungkin bakal menyebabkan syarat kemasukan ke nagara berkenaan lebih ketat. "Makin strict la pemegang pasport Malaysia nak cuti-cuti atau sambung belajar di sana. Kerana nila setitik, susu sebelanga ditumpahkan. "Balik je la Malaysia kalau tak mampu duduk sana. "Jagalah perangai bila dekat negara orang. Jangan menyusahkan orang," demikian komen netizen. Sumber: mStar
|
pengecatbintang: agaknya ikut pangai PM Bijan t ...
lanacondor replied at 18-2-2025 10:14 PM
dah terang2 salah sendiri ,lagi nak petik nama orang lain yang tak ada kaitan..
Itzy replied at 19-2-2025 01:57 AM
Hahahah dengan kuasa Allah terbongkar la kedok perangai busuk org2 kafir di social media yg suka dok ...
Itzy replied at 19-2-2025 01:57 AM
Hahahah dengan kuasa Allah terbongkar la kedok perangai busuk org2 kafir di social media yg suka dok ...
TOPwind replied at 19-2-2025 02:56 AM
Sepatutnya social media di sana
kena tulis pencuri adalah asal dan keturunan dari negara China
TOPwind replied at 19-2-2025 02:56 AM
Sepatutnya social media di sana
kena tulis pencuri adalah asal dan keturunan dari negara China
ADVERTISEMENT