CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan kesakitan ‘musculoskeletal’

18-2-2025 08:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32878| Komen: 15|Original author: Raline

ag.PNG


PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan “musculoskeletal” (otot dan tulang).

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Rasmi Baginda, Seri Paduka Baginda dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada Jumaat ini (21 Februari).

“Kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif serta gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda terutamanya bermain polo.

“Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah menzahirkan penghargaan tulus ikhlas kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mengadakan solat hajat dan tidak putus-putus menitipkan doa untuk kesihatan Seri Paduka Baginda,” kata kenyataan itu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Rasmi Baginda, perkara itu juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu lagi, turut mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, ialah Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 18-2-2025 08:13 PM
Jangan aktif sangat ....makan tidur ke doktor?
Quote swimswim 19-2-2025 06:20 AM
Aik, haritu bukan agong bgtau liver chirrosis..
Quote SalenaGomez 19-2-2025 06:36 AM
swimswim replied at 19-2-2025 06:20 AM
Aik, haritu bukan agong bgtau liver chirrosis..

Kannnnn… confuse jap
Quote DARSITA 19-2-2025 06:55 AM

Jauh beza dgn kesihatan Tun M! Ingat kata kata Tun - berhenti sebelum kenyang.

Tun M dah almost 100 cuma jantung jer .. itu pun buat dlm negara. Syukur kpd Allah SWT kerana masih melindungi negarawan Malaysia Tun Dr M.
Quote yusryimran 19-2-2025 07:34 AM
ada lagi ek..
Quote ina_na 19-2-2025 07:41 AM
DARSITA replied at 19-2-2025 06:55 AM
Jauh beza dgn kesihatan Tun M! Ingat kata kata Tun - berhenti sebelum kenyang.

Tun M  ...

Tu yg bgs gan atok... Tp atok sampai skrg pun sape berani lawan...  Panama,Panama..hehehe
Quote Buritan 19-2-2025 08:25 AM
DARSITA replied at 19-2-2025 06:55 AM
Jauh beza dgn kesihatan Tun M! Ingat kata kata Tun - berhenti sebelum kenyang.

Tun M  ...

Yepp bab ni aku respsk tun m. Semua amik rkyt mesia.. jntung tuu.. bukan pnyakit demam ke terpwkeot ke.. tahun 80an lg.. tun m iktiraf kehebatan rkyt sendiri..
Quote Buritan 19-2-2025 08:26 AM
ina_na replied at 19-2-2025 07:41 AM
Tu yg bgs gan atok... Tp atok sampai skrg pun sape berani lawan...  Panama,Panama..hehehe

Yep... Kederat dah takde.. otak geliga lg..
Quote nisako 19-2-2025 08:34 AM
ok   
Quote TeropongThaico 19-2-2025 01:40 PM
Byk penyakitnya ya
Sib baik ada duit kepuk2 blh gi berubat merata ceruk alam
Tp aiol respect tun ada duit tp trap yakin dgn  pakar tempatan
Quote grouper 19-2-2025 02:03 PM
Semoga dipanjangkan usia sampai lebih seratus tahun
Quote krustykrab 19-2-2025 02:03 PM
Duit byk tak pe la.
Quote ina_na 19-2-2025 07:41 PM
Buritan replied at 19-2-2025 08:26 AM
Yep... Kederat dah takde.. otak geliga lg..

Kira ok lg tu..boleh berjalan sendiri tanpa berpapah...biasa umur gitu dah terbaring je... Otak tu mmg x leh dinafikan la...mmg geliga btl.
Quote netto_ 19-2-2025 08:08 PM
Buritan replied at 19-2-2025 08:26 AM
Yep... Kederat dah takde.. otak geliga lg..

Ade kederat lg aku tgk. Tegap juga tun m tu jalan. Tun hasmah tu aku tgk da gigil sikit jalan.
Quote Decaffeinated 19-2-2025 10:02 PM
Okay, we note about atuk kesayangan terpaling sihat tu. Tapi kisah ini pasal orang lain yang sakit perlu ka nak banding kot ya pun kagum sangat?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.046845 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top