PUTRAJAYA - DAP menggesa kerajaan untuk menggubal akta antidiskriminasi kaum bagi mengawal dan mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menghasut kebencian kaum. Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, akta itu penting bagi menghentikan sama ada individu perseorangan yang tidak bertanggungjawab mahupun orang politik daripada terlibat dalam ucapan kebencian, mempamer kebencian kaum dengan apa cara sekalipun serta tindakan provokatif yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurutnya, kejadian di Sepang melibatkan seorang peniaga enggan menjual jagung kepada masyarakat India dan menggunakan bahasa merendahkan adalah sangat membimbangkan. "Ini menunjukkan sejauh mana sentimen perkauman yang tidak sihat dan tidak rasional telah mempengaruhi segelintir golongan masyarakat," katanya menerusi hantaran di laman Facebook. Jelas beliau, sentimen perkauman yang ditunjukkan secara terbuka dan tanpa rasa malu, tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh, sama seperti ucapan rasis oleh ahli politik ekstrem.
"Ini adalah satu realiti yang perlu ditangani melalui tindakan penguatkuasaan dan hukuman. "Kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa akibat buruk dan jauh, yang bukan sahaja akan memecahbelahkan negara, tetapi juga akan menyebabkan keruntuhan keharmonian kaum dan agama, serta penghormatan dan toleransi terhadap kepelbagaian yang menjadi ciri-ciri 'Malaysia Truly Asia'," katanya. Akta antidiskriminasi pernah dibangkitkan beberapa kali oleh pelbagai pihak sebelum ini antaranya Datuk Seri Mujahid Yusof yang mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang berkaitan perkara tersebut. Sementara pada Ogos 2018, penganalisis politik dan pengamal undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dilapor berkata, negara memerlukan undang-undang yang khusus bagi menangani diskriminasi serta memberikan hak yang saksama untuk semua kaum, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Akta ini telah pun dilaksanakan di pelbagai negara maju seperti Australia, Kanada, Perancis, New Zealand dan Amerika Syarikat. Sumber: Sinar Harian |
Orix replied at 18-2-2025 03:07 PM
Tahu ko takut. Selama ni melayu relax2 je ko pijak kepala. Kaduk naik junjung.
PULANGKAN replied at 18-2-2025 03:23 PM
diorang buat boleh, freedom of speech katanyabangsa lain buat boleh, minority katanya
diorang prov ...
anilza10 replied at 18-2-2025 04:08 PM
So lepas ni majikan tak boleh la tetapkan speaker's mandarin only untuk jawatan kosong.. hihihi..
ADVERTISEMENT