CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pahang tetapkan 20 rakaat solat tarawih di masjid, surau - Mufti Pahang

18-2-2025 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11476| Komen: 10

 


KUANTAN - Penetapan solat sunat tarawih di masjid dan surau di seluruh negeri Pahang ialah 20 rakaat dengan tiga rakaat witir dua salam, Ramadan ini.

Mufti Pahang,Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, ketetapan itu telah diperkenankan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, kesempurnaan solat tarawih afdal didirikan 20 rakaat sebagaimana dijelaskan Imam Syafie.

"Hal yang sama dikatakan Saidina Umar Ibn Al –Khattab sebagaimana dalam Kitab Al-Hawi Al-Kabir Syarah Kitab Mukhtar Aal-Muzanni Jilid kedua muka surat 290 menceritakan bahawa penduduk Makkah mendirikannya 20 rakaat serta witir," jelasnya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Dr Asmadi berkata, pihak masjid dan surau bagaimanapun boleh memilih untuk memendekkan solat tarawih kepada lapan rakaat pada malam sambutan Nuzul Al-Quran.


Menurutnya lagi, menunaikan solat tarawih berjemaah lebih afdal.

Sumber: – Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 18-2-2025 04:04 PM
masuk 8 rakaat ramai yang blah la.
Isyak dah lambat. azan 8.30 .
mau pukul 9 baru mula tarawih.
Quote Decaffeinated 18-2-2025 04:22 PM
wajibkan pada penjawat awam yang balik awal tu.

minta sain tok imam sebagai bukti.
Quote kakikuDibibirmu 18-2-2025 04:26 PM
Sepanjang hidup Nabi, Nabi hanya bertawarikh berjemaah selama tiga hari jah
Quote LolaMokkk 19-2-2025 01:12 AM
Decaffeinated replied at 18-2-2025 04:22 PM
wajibkan pada penjawat awam yang balik awal tu.

minta sain tok imam sebagai bukti.

{:1_152:.. setujukkkk
Quote zuuu 19-2-2025 01:48 AM
aq biasa buat 8 rakaat je,mujur x duduk pahang
Quote TOPwind 19-2-2025 03:00 AM
buka puasa kat rumah VVVVVIP  8 rakaat je

lepas tu makanlah sampai kul 11pm
Quote DARSITA 19-2-2025 07:02 AM

Masjid tempat aii tinggal - Habis tarawih dkt 11 malam. Sebab bacaan panjang.

You all tak suka ke berlama lamaan beribadah di masjid? IMO dlm bulan Ramadhan semangat tu ada lebih sikit banding dgn bulan yg lain.
Quote Dovahkiin 19-2-2025 09:40 AM
Benda tak wajib pun masih lg jadi gaduh, masih lagi keliru. Kalau rasa nak tarawih 8 rakaat, buat la 8 rakaat, lepas tu balik la. Kalau nak tunggu smp 20 rakaat pun, tunggu la sampai habis. Kalau nak tarawih kat rumah pun, buat la. Tak nak tarawih langsung pun bole. Takde siapa nak marah, takde siapa nak tangkap.
Quote Jitu 19-2-2025 11:44 AM
solat Tarawih ni sunat muakkad je terpulang la pada individu tu sendiri
tak perlu la nak gaduh2 nak buat berapa rakaat

yg jadi masalah skrg ni ramai tak pergi masjid
tu yg lebih penting
tengok saf masa solat lima waktu sedih
Quote TeropongThaico 19-2-2025 12:55 PM
Deme tetapkan je nak ikut...  Ikut
Tak nak dah. Tapi kalau nak tunggu mkn moreh tu herlok le buat bg habis. Buruk bebeno tunggu sampai habis sbb nak mkn tapau bawa balik tapi tak solat

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.046955 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top