CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid OKU ‘merangkak’ ke sekolah raih sokongan padu rakyat Malaysia

18-2-2025 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8748| Komen: 27

 


PETALING JAYA – “Hari pertama sekolah. Prasekolah Sekolah Kebangsaan Bukit Waha. Seronok dia, teruja terlebih. Eh, ibu ke adik?.”

Itu perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Siti Azah tentang pengalaman anak lelakinya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pada hari pertama persekolahan.

Menerusi hantarannya itu di media sosial, Siti Azah turut berkongsi beberapa gambar dan video memaparkan semangat dan kesungguhan anak bongsunya yang dipanggil ‘adik’ itu dalam menuntut ilmu.

“Alhamdulillah, baik-baik sahaja. Tak perlu tunggu hantar dia ke kelas. Tengok dari jauh, dia jalan sendiri. Ya Allah, syukur sangat. Ibu ni hantar dia, tangan ibu yang sejuk. Mak-mak kan? Semoga adik dapat sesuaikan diri dengan suasana baru ni ya, dik,” katanya.

Rata-rata orang ramai menzahirkan rasa kagum terhadap semangat kanak-kanak itu dan ibunya, malah tidak kurang juga memberikan kata-kata semangat.


“Adik anak yang hebat,” puji @Marliyana Ana.

“Masya-Allah adik, semoga menjadi anak soleh, bijak dan pandai berdikari. Walau acik tak kenal adik dan ibu adik, tapi acik suka tengok semangat adik dan ibu adik,” ujar Adia Salim.

“Masya-Allah. Alhamdulillah, anak hebat, ibu hebat,” komen seorang lagi pengguna.



Sumber: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 18-2-2025 02:44 PM
Edited by PULANGKAN at 18-2-2025 02:48 PM

teringat kat berita Adam dulu, student degree uiam, panjat gunung

[youtube]Zc4WqkKosEk[/youtube]

orang selalu tersempak dengan dia kat masjid uia dulu, merangkak ke saf
tapi biasanya dia naik wheelchair turbo dia. yang cas elektrik tu

harap uncle Adam dapat la datang jumpa dia ke, bagi ceramah motivasi ke
sumber : https://says.com/my/seismik/pendaki-oku-hasrullah-azrulkhan-adam-berjaya-tawan-kinabalu
Quote Zazama 18-2-2025 03:09 PM
Ku doakan buat anak ini dan anak2 yg sewaktu dgnnya, semoga Allah rezekikan kamu kejayaan dlm kehidupan kamu sampai akhir hayat. Amin.. Penceramah motivasi, sukuri ibrahim tetap berjaya walaupun beliau adalah warga istimewa.
Quote nazzse 18-2-2025 03:36 PM
Comel je awak dik.
Acik doakan awak berjaya dunia akhirat.

Maknya pun bagus orang terlanggar anak dia takda lah bising ke apa.
Quote exclusive_vvip 18-2-2025 03:50 PM
citer suasana buka skolah mcm ni best la sikit nak tgk… bukan mcm komando antar anak2 gi skolah pakai uniform skolah..si bapak tu yer yg pakai uniform skolah..cringe giler..kengkonon nak bg anak bersemangat..pdhal hadap viral..
Quote Prickford 18-2-2025 03:54 PM
What a lovely boy. Semoga berjaya di dunia & akhirat. Aminnn...
Quote Samerosie 18-2-2025 04:09 PM
Cute je adik ni.  Baca thread sebelah tak de siap apa tuk anak tak nak hantar anak sekolah, adik ni tak de kaki parents dia support hantar gak ke sekolah.
Quote hijau_serindit 18-2-2025 04:13 PM
moga Allah mudahkan semua urusan adik ni. love sangat cerita macam ni.
Quote SedihPedih 18-2-2025 04:30 PM
Go adik...! Aunty doakan adik sepanjang hayat dipermudahkan semua urusan, dilimpahi rezeki dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah.
Quote shamsadis 18-2-2025 04:53 PM
Allahuakbar...semoga rezeki ko murah dik
Quote sapeka 18-2-2025 06:45 PM
Semoga adik ni sentiasa dipermudahkan urusan
Dimurahkan rezeki
Menjadi org yang berjaya satu hari nnt
Quote Purplehaz 18-2-2025 07:31 PM
Anak Istimewa ni.
Hope ada org bantu for special kid Prosthetic Limb.

Semoga semua urusan anak ini dan ibu bapanya dipermudahkan Allah. Aaminn
Quote Purplehaz 18-2-2025 07:31 PM
SedihPedih replied at 18-2-2025 04:30 PM
Go adik...! Aunty doakan adik sepanjang hayat dipermudahkan semua urusan, dilimpahi rezeki dan senti ...

Aamin ya robbi.
Quote B40tastePosh 18-2-2025 07:53 PM
Acik sedih.
Quote mejaputih 18-2-2025 08:31 PM
Semoga anak ni dilimpahi rezeki dan  dipermudahkan dlm apa jua urusan utk guardian dia.
Quote Apoo 18-2-2025 10:13 PM
Samerosie replied at 18-2-2025 04:09 PM
Cute je adik ni.  Baca thread sebelah tak de siap apa tuk anak tak nak hantar anak sekolah, adik ni  ...

Parent ni mesti dah buat persediaan awal untuk hantar anak istimewa mereka ni menjejak kaki ke sekolah. Kudos to them. Semoga anak ini menjadi hebat.
Quote sayawifenikmie 18-2-2025 10:55 PM
lawyer mamud nak belikan dia wheelchair letrik ... dia sedang mencari parents anak cute ni ... tapi ada yg kata anak ni selesa jalan macam tu ..dia ada jer alat ygbantu dia berjalan tegak .. macam tongkat yg ada 4 kaki tu ...
Quote kechikchomel 18-2-2025 11:34 PM
Semoga adik ni sentiasa berada di bawah lindungan Allah & dirahmati Allah selalu


Iolss teringat 1 drama lama ni. Tak ingat tajuk & pelakon dia. Tapi watak dalam drama tu sama macam adik ni la.
Quote A-Are 19-2-2025 08:33 AM
Semoga dipermudahkan urusan adik ni...rajin nya ya allah....syukurlah siapa2 yg lahir sempurna
Quote sambaldurian 19-2-2025 09:55 AM
kechikchomel: Semoga adik ni sentiasa berada ...

Tajuk sejuta bintang. Tertengok kt tiktok.  X salah plot drama tu budak tu anak org kaya, tp ayah kandung dia malu, serah kt drebar dia pelihara. Drebar dia besarkan dia dgn kasih syg kt kg. Ost lagu dia " Bukan ku pinta lahir ke dunia....."

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.185709 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top