CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai lelaki Kelantan pilih nikah wanita Thailand - Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan

18-2-2025 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6119| Komen: 19

 


KOTA BHARU – Wanita dari Thailand dilihat menjadi pilihan kepada sesetengah jejaka dari Kelantan susulan peningkatan jumlah permohonan pas pasangan suami isteri bagi kategori tersebut dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, pihaknya menerima sebanyak 308 permohonan pas pasangan suami isteri daripada lelaki di negeri ini untuk bernikah dengan wanita Thailand pada tahun lalu.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2023 dengan 341 permohonan, namun meningkat daripada 2022 iaitu 175 permohonan.

“Selain itu, kita juga menerima permohonan lelaki dari Thailand yang mahu mendirikan rumah tangga dengan wanita Kelantan, namun jumlahnya tidak setinggi lelaki tempatan menikahi wanita Thailand.

“Sebanyak 78 permohonan permohonan pas pasangan suami isteri daripada lelaki Thailand pada tahun lalu, 57 permohonan pada 2023 dan 31 permohonan untuk 2022,” katanya kepada pemberita di sini semalam.


Mohamed Yusoff Khan memberitahu, selain itu, pihaknya turut mendapati, jejaka Pakistan juga ramai yang mengemukakan permohonan pas pasangan suami isteri untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, berdasarkan rekod, seramai 34 lelaki Pakistan membuat permohonan untuk berkahwin di negara ini pada tahun lalu.

“Kita dapati 27 permohonan pas pasangan suami isteri dimohon oleh warganegara Pakistan pada 2023 manakala 31 permohonan untuk 2022.

“Bukan hanya sekadar lelaki Pakistan yang mahu berkahwin dengan wanita tempatan, tetapi lelaki Kelantan juga ada mengemukakan permohonan untuk bernikah dengan wanita Pakistan,” ujarnya.

Mohamed Yusoff Khan berkata, sebanyak sembilan permohonan pas pasangan suami isteri diterima daripada lelaki tempatan untuk melangsungkan perkahwinan dengan wanita Pakistan pada tahun lalu.

Menurutnya, bagaimanapun, hanya lima permohonan kategori sama dicatatkan pada 2023 dan 10 permohonan untuk 2022.

“Berdasarkan statistik itu, secara kasarnya kita dapat lihat jumlah warganegara tempatan berkahwin dengan warga asing di Kelantan dilihat semakin meningkat.

“Siasatan mendapati, kemungkinan mereka yang mahu berkahwin dengan warga asing ini dikenalkan oleh kenalan, saudara-mara atau di tempat kerja. Kita juga tidak menolak kemungkinan perkenalan mereka berlaku menerusi media sosial,” katanya.


Sumber: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 25-2-2025 04:31 PM
aku pun nak, wanita thai lawo2, ckp pun lembut je
Quote mrcreator 25-2-2025 09:51 PM
Dah comei sapa taknak
Quote Triple_8 25-2-2025 09:54 PM
Padan muka pompuan sebelah selatan yang dok seru boikot lelaki kelate.
Quote Zack8hunter 25-2-2025 10:09 PM
lawo kot awek siam..
Quote pokokmeranti 26-2-2025 07:55 AM
dah terkesan dengan 'pelabelan'  pompuan kelate:
1. pemalas,
2. pengotor,
3. mulut bingit
4. isle hanya di IC tapi seksi kalahkan serambi Thailand.
5. sibuk berniaga sampai x terurus rumah tangga

so, jantan kelate pun x minat.
Quote CikNano 26-2-2025 08:26 AM
Wow..makin kacak jelita la anak2 kelantan ni
Quote Tinot7 26-2-2025 08:32 AM
Lawa sgt ka minah telen?
Quote aijinmisaki 26-2-2025 10:51 PM
Edited by aijinmisaki at 26-2-2025 10:54 PM
Andyscenes replied at 25-2-2025 04:31 PM
aku pun nak, wanita thai lawo2, ckp pun lembut je


Perempuan Bangladesh taknak ke. Muka abangla versi perempuan kat pasar borong. Ketiak kemungkinan bau bawang. Cakap kasar. Aku ada kenal sorang. Taknak kew
Quote Radzor 26-2-2025 10:56 PM
boleh bukak kedai tomyam
Quote edayildiz 27-2-2025 12:26 AM
perempuan kita pilih laki negro
btw org perempuan thai ckp lembut katanya
Quote Andyscenes 28-2-2025 11:10 AM
aijinmisaki replied at 26-2-2025 10:51 PM
Perempuan Bangladesh taknak ke. Muka abangla versi perempuan kat pasar borong. Ketiak kemungkinan  ...

sorry sistur, aku bukan suka main pedang, aku suka yg tulen
Quote krustykrab 28-2-2025 12:00 PM
Andyscenes replied at 25-2-2025 04:31 PM
aku pun nak, wanita thai lawo2, ckp pun lembut je

Ko tak jumpa lagi yg hidung kemek, rendang tak berbuah mata sepet
Quote krustykrab 28-2-2025 12:05 PM
pokokmeranti replied at 26-2-2025 07:55 AM
dah terkesan dengan 'pelabelan'  pompuan kelate:
1. pemalas,
2. pengotor,

Yg no 5 tu disebabkn warga kelate termasuk lobai2 pas letak tangungjawab cari nafkah kat bahu wanita. Yg jate tanggungjawab dia senang je, semarakkan benih sana sini, tak payah susah payah kerja kaum wanita tanggung, hisap pil kude.
Bangga diorang sb wanita kelate "rajin" cari nafkah sambil berkelubung dlm panas terik. Tapi tak pe sb wanita lg ramai dlm neraka katanya
Quote Andyscenes 28-2-2025 05:31 PM
krustykrab replied at 28-2-2025 12:00 PM
Ko tak jumpa lagi yg hidung kemek, rendang tak berbuah mata sepet

kat mana tu?
Quote krustykrab 28-2-2025 06:57 PM
Andyscenes replied at 28-2-2025 05:31 PM
kat mana tu?

Merata2 ada kat malaya ni
Sama la mcm bangsa apa pun, ada yg herlok ada yg huduh. Bergantung la pada mcm mana tuhan cipta.
Quote aijinmisaki 2-3-2025 01:59 AM
Andyscenes replied at 28-2-2025 11:10 AM
sorry sistur, aku bukan suka main pedang, aku suka yg tulen

Yang tu memang tulen la. Kau ingat bangla takde yang perempuan ke. Ke description aku terlampau jantan
Quote hyie 2-3-2025 04:07 AM
tapi jejantan thai dah macam pondan lah pulak ye
Quote Andyscenes 3-3-2025 08:41 AM
aijinmisaki replied at 2-3-2025 01:59 AM
Yang tu memang tulen la. Kau ingat bangla takde yang perempuan ke. Ke description aku terlampau ja ...

xpelah, aku nak cari yg pink
Quote Andyscenes 3-3-2025 08:41 AM
krustykrab replied at 28-2-2025 06:57 PM
Merata2 ada kat malaya ni
Sama la mcm bangsa apa pun, ada yg herlok ada yg huduh. Bergantung  ...

ohhh fahamm

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.235188 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top