CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli kimia Itali, Pencipta Nutella meninggal dunia pada usia 97 tahun

18-2-2025 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3581| Komen: 7

Pencipta Nutella meninggal dunia



ROM – Seorang ahli kimia Itali yang digelar ‘bapa Nutella’ kerana membantu mencipta produk taburan coklat dan hazelnut popular itu meninggal dunia pada usia 97 tahun, lapor akhbar Metro UK.

Francesco Rivella meninggal dunia Jumaat minggu lalu, manakala majlis pengebumiannya diadakan semalam di bandar Alba sebelum dikebumikan di Barbaresco.

Pada tahun 1952 ketika usia 25 tahun, dia mula bekerja di bilik kimia Ferrero di Alba, di mana beberapa produk jenama ikonik dicipta. Ia termasuk Kinder, Ferrero Rocher dan Nutella.

Rivella yang turut terlibat dalam penghasilan Nutella, ialah sebahagian daripada pasukan yang mengkaji bahan mentah, mengadun, menapis dan merasainya untuk membangunkan produk baharu.

Dia menjadi pengurus kanan syarikat itu dan orang kepercayaan pengasasnya, Michele Ferrero.

Selepas bersara, Rivella menetap di Alba, di mana dia mendedikasikan dirinya untuk aktiviti pertanian buah-buahan dan permainan bola tradisional, pallapugno.


Mendiang mati meninggalkan tiga anak lelaki, seorang anak perempuan dan tujuh cucu. – AGENSI 


Sumber: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 18-2-2025 02:05 PM
wah, baru tau kinder, ferrero dan nutella di bawah payung yang sama. info yang menarik
Quote supernaturalee 18-2-2025 04:42 PM
nutella ni letak dlm baking products mcm biskut, kek, ye sedap
klu sapu direct ke roti tak kena dgn tekak
pahit semacam


lain2 produk die tu super sedap
Quote edayildiz 18-2-2025 07:17 PM
bukan favourite tp selalu ada stok dlm peti ais..sdp gak..
takziah
Quote A-Are 19-2-2025 08:48 AM
oh ini foundernya...anak i ols suka benor..
Quote syamzana 19-2-2025 09:39 AM
feveret anak2 iols kalau sapu atas roti so mmg kat rumah tak pernah putus stok. iols plak rasa mcm melekat2 rasanya kat tekak.
kalau biskut+kek+segala pastry letak nutella scary nak mkn
mcm sesuai je muka founder dgn segala produk yg dihasilkan
Quote Ladyfreecare 19-2-2025 10:01 AM
Kandungan gula tinggi sangat kan?
Quote sapeka 19-2-2025 02:14 PM
Takziah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.187611 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top