SEREMBAN: Sekolah di Selangor dan Johor antara lokasi mengalami kepadatan murid yang agak serius dan Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa mengambil inisiatif dalam menangani permasalahan itu. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata pihaknya sedar berlaku kepadatan murid di sekolah khususnya di Selangor dan Johor dan antara inisiatif diambil menanganinya termasuk membina sekolah baharu. "Memang kita (KPM) sedar berlaku kepadatan murid di sekolah khususnya di Selangor dan Johor. Anak-anak kita yang mendaftar untuk Tahun Satu dan Tingkatan Satu agak tinggi dan kementerian sudah pun ada inisiatif bagi menangani isu berkaitan kepadatan murid tinggi. "Pada hari ini (17 Februari) ada dua sekolah baharu yang mula beroperasi di Selangor iaitu SK Taman Pelangi Semenyih dan SK Denai Alam. "Ada 17 sekolah lagi yang akan mula beroperasi pada tahun depan," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan 1 Juta Buku Tulis Kitar Semula di SK Taman Seri Pagi, Senawang, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Khalida Omar dan Guru Besar SK Taman Seri Pagi, Amir Fikri Ithnin. Mengulas lanjut, Azman berkata, langkah lain yang dilaksanakan KPM bagi menangani permasalahan sekolah padat itu ialah membina bangunan kabin di sekolah yang memerlukan. Beliau berkata, langkah ketiga ialah membuat penyuraian sekolah padat kepada sekolah yang berhampiran. "Jadi dari masa ke semasa kita sentiasa melihat keperluan untuk ditambah baik dan kita nak pastikan sekolah padat ini dapat ditangani dengan sebaiknya. "Sebagai contoh tahun lalu, Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, kepadatan itu dapat kita atasi melalui pembinaan kabin, dengan pembinaannya hanya mengambil masa dalam tiga bulan. "Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kementerian memberi jaminan bahawa perkara ini sentiasa diberikan perhatian dan sedang diatasi," katanya. Dalam pada itu, Azman berkata pembukaan sekolah di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, semalam berjalan lancar dengan jumlah keseluruhan murid tahun ini adalah sebanyak 5.1 juta orang dengan murid sekolah rendah membabitkan 2.9 juta dan murid menengah 2.1 juta di 10,237 sekolah di seluruh negara. "Murid baharu pra sekolah seramai 205,051 orang, Tahun Satu (461,198), Kelas Peralihan (17,547) dan Tingkatan Satu seramai 460,494 orang. "Pengisian minggu pertama persekolahan untuk membantu murid yang baharu menyesuaikan diri dengan suasana sekolah," katanya. Sumber – BERNAMA |
orkid_amani replied at 17-2-2025 05:08 PM
Buat dua sesi laa kalau padat sgt..asingkan tahap1 & tahap2 tp tuu laa leceh pulak kn sekolah ptg ka ...
orkid_amani replied at 17-2-2025 05:08 PM
Buat dua sesi laa kalau padat sgt..asingkan tahap1 & tahap2 tp tuu laa leceh pulak kn sekolah ptg ka ...
syamzana replied at 17-2-2025 05:25 PM
ramainya bdk pra sek
tu baru sek gomen, tak campur lg pra private (kindy). pastu bila darjah 1 ...
Binodino replied at 17-2-2025 05:26 PM
Mana tak padatnya, perancangan bandar kelaut mati sana nun. Buat perumahan banyak2 tapi sekolah 1 je ...
Suchi replied at 17-2-2025 05:49 PM
Mmg sejak dulu sekolah 2 sesi
Sampaikan pra pun 2 sesi ada pagi petang
Suchi replied at 17-2-2025 05:55 PM
Ye uols kat tempat iols batch yg lahir tahun 2008,2009 ni rasanya batch yg last murid masih terkaw ...
Suchi replied at 17-2-2025 05:55 PM
Ye uols kat tempat iols batch yg lahir tahun 2008,2009 ni rasanya batch yg last murid masih terkaw ...
Skuau replied at 17-2-2025 02:47 PM
ank2 pilak,ank2 indon dpt ic,ank2 bangla dpt ic,ank2 rohingya dpt ic....logik letew....
hashashes replied at 17-2-2025 06:28 PM
Tak aci nya, ada ke kelas yang boleh lebih dari 40 orang?
Meols nak tukar kan anak sekolah tak dap ...
hashashes replied at 17-2-2025 06:26 PM
Padat sgt tu
Sini pra 1 sesi je
Nak masuk punya lah susah, diutamakan b40
Binodino replied at 17-2-2025 05:26 PM
Mana tak padatnya, perancangan bandar kelaut mati sana nun. Buat perumahan banyak2 tapi sekolah 1 je ...
ADVERTISEMENT