CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Papan tanda Mydin Meru terbakar

17-2-2025 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26507| Komen: 4

 


IPOH – Pengunjung Pasar Raya Besar Mydin di Meru di sini digemparkan dengan kebakaran yang berlaku pada papan tanda di luar premis itu sebentar tadi.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya segera dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya pasukan di lokasi, didapati papan tanda di luar bangunan sedang terbakar dianggarkan sebanyak 10 peratus.

“Operasi memadam kebakaran segera dijalankan. Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Pada 10 Mac 2024, pasar raya Mydin di Manjoi terbakar melibatkan bilik suis utama di tingkat atas pasar raya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 17-2-2025 09:44 AM
aIK.. tahun lps Mydin kat Manjoi terbako.. modus operandi yg samakah?
Quote PULANGKAN 17-2-2025 08:17 PM
KamikuP replied at 17-2-2025 09:44 AM
aIK.. tahun lps Mydin kat Manjoi terbako.. modus operandi yg samakah?

tak pernah selanggara mungkin
kadang2 masuk mydin ni, macam bangunan usang pun ada. tapi branch mydin kecil-kecilan, yang baru, tutup pulak. yang lama je beroperasi
Quote Skuau 17-2-2025 08:27 PM
KamikuP replied at 17-2-2025 09:44 AM
aIK.. tahun lps Mydin kat Manjoi terbako.. modus operandi yg samakah?

bila mydin amik bangla buat kerja penyenggaraan...
Quote ninja boy 18-2-2025 08:30 AM
Screen decoration mudah terbakar ka

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.043074 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top